INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Ogos 09, 2011

KITA LEKA MEMAKMURKAN MASJID KITA LUPA ORANG LUAR

Di Felda Chini 04
Maulidul rasul yang lalu saya pernah mengusulkan dalam JKKR agar program ceramah diadakan di tempat awan di padang bola atau dikawasan tapak niaga.
Pengerusi Masjis membantah dengan alasan dia ingin MEMAKMURKAN MASJID dan semua program keagamaan hendaklah diadakan di masjid agar orang ramai dapat datang kemasjid.
Saya beri alasan kalau buat di padang kita adakan jualan dan sebagainya ramai orang datang sambil mendengar,sambil membeli.
Akibatnya ceramah tersebut tidak lebih 30 orang yang datang ..walau pun penceramahnya bagus..

Bulan lepas dalam mesyuarat JKKR saya buat cadangan agar semasa sembangyang Jumaat Imam dapat menegur makmum yang duduk di luar leka bersembang dan hisap rokok sedang khatib membaca kutbah.
Jawapan Pengerusi Masjid ..kita tidak boleh menegur kerana dikuatiri dia tidak akan datang masjid lagi sedangkan kita ingin MEMAKMURKAN MASJID dan saya ( pengerusi masjid ) melarang sesiapa yang memarahi kanak-kanak buat bising ditakuti dia tidak datang lagi kemasjid.

Semasa saya buat lawatan ke Selangor anjuran PAS Pekan banyak pengalaman saya terima antara ialah ..'Jika ada ustaz-ustaz yang ingin memberi kuliah-kuliah diMasjid atau surau di Selangor kami sangat mengalu-alukan..."

Hari ini saya kata inilah sistem MEMAKMURKAN MASJID yang di pegang oleh Jabatan Agama Islam.

AJK Umno C4 tanya saya adakah kerja JAIS hanya tangkap orang ..? Saya jawab 1 Malaysia sama saja..( kebetulan saya tidak tahu hal-hal JAIS ini )

Bagi saya tegas saya mengatakan kesan daripada ayat 'MEMAKMURKAN MASJID"
ia memberi ruang seluas-luasnya pada agama lain untuk menarik orang-orang yang jauh pada islam kepada mereka.

Ini yang berlaku di Selangor....
Kita leka dengan MEMAKMURKAN MASJID ...pendakwah kristian mencari kesempatan....

Kenapa kita tidak mahu meniru cara Kerajaan Negeri Kelantan ?
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong