Dibawah ini senarai peneroka-peneroka rancangan Felda yang menyaman Felda kerana perahan minyak KPG.
1. Felda Kemahang 3,
2. Felda Kemahang 1,
3. Felda Kemahang 2,
4. Felda Maokil,
5. Felda Serting 1,
6. Felda Serting 2,
7. Felda Palong 9,
8. Felda Palong 5
9. dan Felda Palong 6.
Peneroka-peneroka menuntut kerana peratusan perahan KPG buah sawit mereka telah dimanipulasi oleh Felda dan Kilang-Kilang Felda disamping itu mereka juga menuntut buah sawit yang ditolak oleh Kilang Felda kononnya buah-buah itu
1. mengkal,
2. muda
3. dan tangkal panjang
walhal buah-buah ini diuji di makmal dengan peratusan perahan sebanyak 20%.
Buah-buah sawit dari kawasan ini telah dihantar ke Makmal dan telah disahkan bahawa peratusan perahan KPGnya tidak pernah jatuh dari 27% sedangkan Felda hanya membayar kepada peneroka-peneroka diatas kadar perahan antara 17%-19% dan oleh kerana itu mendatangkan kerugian yang amat besar kepada peneroka-peneroka. Kiraan selama 15 tahun kerugian yang ditanggung oleh peneroka-peneroka adalah melebihi RM400,000.00 bagi setiap peneroka.
Selepas 8 tahun Felda menjalankan tanam semula keatas ladang-ladang peneroka, hutang yang ditanggung oleh peneroka-peneroka yang dikenakan keatas peneroka-peneroka adalah berjumlah
antara RM80,000.00 hingga RM120,000.00,
sedang jika dikiran pendapatan yang diperolehi oleh peneroka-peneroka yang tanam sendiri, dalam tempoh itu
tidak kurang dari RM240,000.00.
Jika ditolak hutang peneroka-peneroka dan disesuaikan dengan pendapatan yang patut diperoleh oleh peneroka-peneroka maka
Felda masih terhutang dengan setiap peneroka sebanyak
RM120,000.00 hingga RM150,000.00 (minima).
Sumber rujukan dari SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan