Hari ini dan semalam saya masuk ladang cari sempadan ladang seorang sahabat,
paling susah mencari sempadan apabila tidak menjumpai batu sempadan angkara tertimbus dan tertolak semasa buat jalan dan perparitan.
Masuk blok 17 ada juga rupanya kawasan yang terlepas pandang tidak lagi tertaman anak sawit walau pun sudah lebih 5 tahun...
Ialah...mungkin pegawai sebuk...mandor sebuk...ketua blok lagi sebuk...itu yang tak terperasan ada lagi kawasan kosong yang belum tertaman ..yang pastinya ini bukan kawasan rizab felda.
Hari kedua masuk ladang pergi blok sendiri (blok 15)
terpandang pokok yang tidak pernah terpotong dari mula lagi.
Sayangnya membazir bagitu saja buah
Saya rasa kalau terpandang mat pet mesti terliur punya ...
Apa tak terliurnya setandang RM6.00-8.00 sudah cukup untuk sebotol air ketung.
Kalau ada peneroka ambil ladang atas sebab-sebab gambar ini Felda nak kata apa ?.
Jawab....
Jawab...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan