INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Oktober 29, 2011

BETUL KE TECHNOPLANT NI BAGUS

Masa ni Pegawai blok saya pergi Haji ..Pengurus Technoplant rancangan Chini juga pergi Haji...harapan kita ia selamat pergi dan balik dan mendapat Haji yang diterima Allah.

Gambar bawah..
Aku dah 3 hari masuk ladang buat operasi tenguk kerja-kerja potong buah..
Selama ini masuk juga tapi selebihnya kita percaya pada mandor...
Selama ini juga pendapatan blok kurang memuaskan kalau dibandingkan dengan blok lain...
blok lain ada juga terima lebihan hasil sekitar RM2500.00,sedang blok saya sendiri hanya sekitar RM700.00 sahaja.
Tenguk dalam gambar ni kita boleh nilai berapa kerugian pada peneroka angkara kerja-kerja yang tidak sempurna.
Denda..?
Ye..saya akan denda kontrak ini jika sampai hujung bulan ini tuai BTB tidak habis.
Sebenarnya lama dah kita bersabar...


















Gambar bawah
Ini bukanya paya ...ini ladang peneroka yang serah pada felda..
Tuan tanah ni dah beritahu hujung tahun 2010 lagi tetapi tindakanya hanya melepas batuk di tangga sahaja.




Gambar bawah
Antara serangan tikus dan 40% BTB blok 15 begini keadaanya
Akibatnya BTB akan ringan dan rosak.







Gambar bawah
Ini gambar tiang pagar letrik berukuran 2x2 kayu berbagai jenis ketahanan tak akan lama ..tidak lebih setahun pangkal akan reput dan tumbang...
Letih dah peneroka ni..semuanya main dengan kos..



Gambar bawah..
Alat Voltan letrik pagar telah hilang hampir dua bulan..sehingga sekarang tidak berganti lagi..
Tahun ini saja dah 5 kali gajah masuk ladang saya..
Parit telah di timbus hampir 3 bulan berhampiran laluan gajah masuk..sehingga sekarang tidak dibaiki lagi...





Gambar bawah
Saya sedang mencari sempadan ladang sesama peneroka ..banyak batu sempadan hilang ..
terpaksa buat juga tanpa gaji atau elaun dari Technoplant kerana kerja-kerja membaja,meracun selalu terajak ke ladang peneroka yang sudah ambil dari felda dan tuai BTB pula selalu tidak sempurna ..




Pada dasanya felda itu bagus...
Hanya sesetengah pentadbiran rancangan mungkin bermasaalah..
bagaimana pun terima kasih FELDA...
Kekadang aku ni letih dengan perkara ni...


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

lompinlai berkata...

Masalah besar yang di hadapi sekarang olih Technoplant ada lah tiada lansung boroh yang mahir.

Kebanyakan mereka gunakan boroh dari Bangla yang rata-rata tidak ada pengalaman langsung tentang kelapa sawit.

Kesian, setelah tengok gambar-gambar itu jelas membuktikan Technoplant telah GAGAL.

Tindakan saudara meninjau ladang patut menjadi ikutan semua peneroka kerana se cara tidak langsung akan buat pengurusan Technoplant sakit kepala.

KeratongMali berkata...

Setuju dgn komen lompinlai,mslh buruh kurg mahir(Bangla) dn kurang pengawasan pihak Felda Technoplant mnyebabkn mslh sprt semak,buah x dikait,baja xmnyeluruh dll..

di keratong X(rahsia) hmpir 70% peserta tlh ambil smula ldang dn usaha sndiri..hasilnya Alhamdulillah..hasil msih dhntr ke Kilang Felda mllui Koperasi..jd potongan hutng msih dlakukn..

skiranya msih brkemampuan elokla diusahakn sndri,skiranya ade anak yg boleh dharapkn..jk x rajin2la mngadap pejbt Felda tue..

brbnding sblum ini hnya mndpt wang sara diri Rm1,500 brbnding skunk pndptan skitar RM4-5k stelah dtolak hutang n kos operasi ldang..

LKTP1436 berkata...

Sdr Gaya Peneroka, sebenarnya telah lama saya ikuti kelohan sdr ini, sdr adalah tergolong di kalangan org yg ada usaha, tetapi nasib sdr tercampak ke blok yg banyak masaalah.

Tanah sdr tepi hutan secara tidak langsung banyak musuh, oleh itu walau pun sdr berusaha tapi tiada upaya kerana halangan tersebut.

Oleh itu cara terakhir ialah, berjuang melalui, berkhidmat dng felda teknoplant.

Masaalahnya, melalui pengalaman saya sendiri, kaedah ini kurang berkesan kerana pegurus teknoplant tidak mendengar kata kita tetapi lebih memikirkan keuntungan untuk syarikat di mana mereka berkhidmat.

Lagi pun apalah sangat kuasa kita didalam felda teknoplant tersebut.

Oleh itu kuasa yang paling besar kita ada ialah merampas kembali pengurusan tanah kita itu.

Tetapi didlm kes sdr ini, disebabkan tanah sdr di tepi hutan, kalau di urus sendiri payah juga, inilah yang di kata, ditelan mati emak di luah mati bapa.

Kalau saya sendiri pun di tempat sdr, pening juga, oleh itu bersabarlah, munkin tuhan akan memberikan kpd sdr imbuhan yg lain.

Sekian terima kasih.

Gaya peneroka berkata...

Tq semua sahabat yang telah memberi semangat pada saya......

Tanpa Nama berkata...

kepada gayapeneroka..tajuk betul ke technoplant ni bagus buat saya tertarik..saya staff technoplant nak bgtau saudara..berbanding plantations kami jauh lebih bagus..mgkin agak pelik pada saudara kerana saudara menulis dengan perspektif yg sangat sempit..kenapa saya kata sempit?yg ni saudara kena cari sndiri..saudara yg dihormati,setakat jenguk ke ladang tak cukup untuk mencari punca sebenar masalah ni.kesian kat saudara kerana saya risau saudara menulis blog ni utk bacaan umum..adakah saudara yakin pihak yg anda salahkan adalah pihak yg betul.kesalalan saudara bleh membawa kpd fitnah..

saya berpengalaman dengan plantations,felda palm(kilang sawit) & technoplant ni pun blum pasti apa punca konkrit permasalahan ni..tapi saudara yg cuma jengok ladang dah bleh buat mcm2 andaian..thniah lah pada saudara..kerana berani..

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong