WARGA FELDA HARUS TENTANG ISA SAMAD DARI KUASAI KPF - DATO' FAUZI
Pengerusi PKR Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman hari ini menyeru seluruh warga Felda agar berani bangkit membantah Pengerusi Felda, Dato' Isa Samad yang telah terang dan jelas menyalahgunakan kuasanya dengan menjadi Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) tanpa melalui Mesyuarat Agong sepertimana yang ditetapkan oleh Undang-Undang Koperasi.
Dato' Fauzi Abd Rahman suatu ketika pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi berkata, beliau tahu bahawa perlantikan Dato' Isa Samad sebagai Pengerusi KPF itu menyalahi peraturan sebenar. Jika benar Akta berkaitan perlantikan Pengerusi KPF ini telah digubal, bilakah tarikhnya akta tersebut diperbaharui dan adakah semua warga Felda maklum akan penggubalan Akta berkenaan? Beliau menambah, sekiranya perlantikan itu dibuat melalui suatu Mesyuarat Agong, bilakah mesyuarat tersebut diadakan dan adakah semua warga Felda tahu akan keputusan mesyuarat tersebut?
Dato' Fauzi seterusnya menyatakan bahawa semua warga Felda selama ini maklum bahawa KPF adalah milik Peneroka di mana sahamnya dimiliki oleh Peneroka dan para Pegawai Felda. Jawatan Pengerusi KPF mestilah dari kalangan Peneroka Felda dan ianya dilantik sendiri oleh ahli-ahli Koperasi. Dato' Isa Samad bukannya Peneroka dan beliau sepatutnya tiada kepentingan di atas KPF, kecuali beliau mahukan `sesuatu' dari keuntungan yang diperolehi dari KPF.
Sehubungan itu, Dato' Fauzi menyeru kepada semua warga Felda agar berani bangkit mempertahankan KPF dari dibolot oleh seorang tokoh yang pernah disabitkan dengan rasuah politik wang sewaktu bertanding di dalam pemilihan jawatan di dalam Umno. Warga Felda mesti berani mempertahankan hak mereka agar tidak terus dikuasai oleh orang luar yang berkepentingan. Cukuplah selama ini mereka tertipu dengan jualan kelapa sawit dengan KPG yang sering merugikan mereka, kini koperasi mereka pula ingin dirampas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan