INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Oktober 15, 2011

MyKad baru 2012 dan kursus keusahawanan warga asing.


Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. sumber dari sini


"Enam Buah Bas" Bawa Warga Asing Ikuti Kursus Keusahawanan Di Putrajaya Berjaya Di Dedahkan

"Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan,
sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita?

"Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?" kata Suhaizan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mendakwa, pada peringkat awal, pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM).

Bagaimanapun, dakwanya, di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju sebuah pusat peranginan di Bangi.

"Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang," tambahnya.

Suhaizan mendakwa, perjanjian dengan pemandu bas ialah perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari
Rabu 12 Oktober 2011, yang menurutnya menunjukkan kursus itu adalah selama lima jam - dari 8 pagi hingga 1 tengahari - sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.

"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik dari Johor Bahru ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Bahru sahaja.

"Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," tambahnya.
sumber dari sini

p/s..Antara dua artikal diatas mesti ada kaitanya...


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong