CERAH MASA DEPAN PENYENARAIAN FELDA DAN WARGA PENEROKA DI BAWAH DATO SABRI AHMAD DAN ISA SAMAD
"Masa hadapan FELDA terutamanya peneroka dijangka lebih cerah di bawah Sabri Ahmad dan Isa Samad berdasarkan latar belakang kedua-duanya yang cemerlang di sisi PM Najib."
Di dada-dada akhbar utama dan media alternatif pada 11 Jun 2008, terpapar berita menggemparkan industri perladangan apabila Sabri Ahmad sebagai CEO Golden Hope Plantation Berhad dipaksa meletakkan jawatan di atas skandal kerugian sebanyak RM120 juta.Beliau didapati bersalah oleh Sime Darby melalui siasatan forensik audit KPMG dan didapati terlibat dalam skandal Golden Jomalina Food Industries. Rujuk http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20080611/sime-fires-2-execs/ai_n44404255/
Tindakan Lembaga Pengarah Sime Darby yang menuntut perletakan jawatan Sabri Ahmad adalah sebagai jawapan kepada soalan Parlimen yang dikemukakan YB Tuan Wee Choo Keong (WangsaMaju) kepada YAB Perdana Menteri untuk menyatakan tindakan yang telah diambil kepada Dato Sabri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Plantation Bhd, subsidiary kepada PNB, kerana mengakibatkan kerugian bernilai RM120 juta dalam pasaran hadapan minyak sawit mentah pada Julai 2007 dan menjual pada masa hadapan harga minyak mentah sawit pada harga RM2,000.00 kepada Mewah Oils Sdn. Bhd., yang dikawal oleh seorang pedagang Singapura yang telah didakwa di mahkamah kerana kesalahan memalsukan dokumen.
YB Wee Choo Keong dikatakan mempunyai maklumat penuh skandal kerugian tersebut yang dibekalkan oleh bekas akauntan Golden Jomalina yang dikenali dengan nama Mr. Ng dan kini menetap di Singapura. Kekukuhan bukti dan dokumen tersebut serta bukti siasatan audit forensik KPMG menyebabkan YAB PM, Tun Musa Hitam (Pengerusi Sime Darby) dan Lembaga Pengarah Sime Darby meminta Sabri Ahmad meletakkan jawatan dengan segera.
Manakala Isa Samad terkenal kerana dihukum oleh UMNO sendiri atas kesalahan rasuah dan ini belum lagi dibongkarkan kembali penyelewengan dan rasuah semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.
Apa dia Sabri Ahmad? Apabila Felda disenaraikan, Felda bakal jadi lebih telus dan kurang ketirisan?Bukankah Golden Hope Plantation itu syarikat yang telah disenaraikan di bursa tetapi dirugikan RM120 juta oleh Sabri Ahmad dan didapati BERSALAH DAN DIMINTA MELETAKKAN JAWATAN oleh Lembaga Pengarah Sime Darby sendiri. Aduhai, terkena orang FELDA kali ini.Sudahlah dipaksa menerima Pengerusi Felda disabitkan kesalahan rasuah, CEO Felda Global Venture pula bekas buangan Sime Darby kerana terlibat penyelewengan dan merugikan SimeDarby.Wahai PM Najib yang dikasihi dan disokong oleh warga Felda, inikah balasan kebaikan warga Felda terhadap kemenangan BN melalui peti undi Felda selama ini? Warga Felda juga semakin muak dengan ‘kehebatan’Sabri Ahmad di Felda Global Venture dengan kerugian terus menerus TRT Holdings dan banyak lagi pelaburan luar Felda Global Ventures di luar negara seperti yang disebut Anwar Ibrahim di parlimen sebelum ini dan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Anwar berkaitan kerugian pelaburan Felda Global Ventures yang mana wang Felda yang rugi berjumlah hampir RM2 billion ringgit itu boleh menampung aktiviti sosio-ekonomi peneroka seperti pendidikan dan pembesaran rumah selama setahun setengah. Berapa banyak anak Felda tidak dapat ke luar negara kerana penuhi nafsu Isa Samad dan Sabri Ahmad nak melabur luar negara seperti lawatan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang turut disertai oleh Tun Mahathir ke Myanmar baru-baru ini. Kalau dikira-kira pulangan pelaburan luar negara Felda di bawah tanggungjawab Sabri Ahmad, hendak balik modal semua perbelanjaan penerbangan tiket kelas pertama dan belanja-belanja mewah beliau di luar negara pun tidak lepas. Inilah nasib warga Felda peneroka dan kakitangan yang telah berhempas pulas bermandi darah dan peluh buka dan jayakan Felda serta menyokong BN setiap pilihanraya, dan akhirnya PM Najib menghantar golongan kapitalis, penyeleweng dan penjenayah pula yang duduk di kerusi utama Felda Global Ventures dan menikmati semua kemewahan Felda, kerusi empuk dan meja import luar negara, berhawa dingin dan dibuatkan minuman setiap pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan