INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, November 11, 2011

DATO SABRI AHMAD DAHULU BENCIKAN CAMPUR TANGAN POLITIK ( SIRI 3 AKHIR )

CEO FELDA GLOBAL VENTURES, DATO SABRI AHMAD DAHULU BENCIKAN CAMPUR TANGAN POLITIK, KINI JILAT LUDAHNYA KEMBALI

Dari sumber-sumber yang rapat dengan Dato Sabri Ahmad, CEO Felda Global Ventures, berasa hairan dengan perubahan sikap Dato Sabri Ahmad yang begitu taksub dengan pengerusi lantikan politik Felda iaitu Tan Sri Isa Samad.Sabri dahulu pernah mengeluh bahawa skandal kerugian Golden Hope Plantation bernilai RM120 juta dibawah tanggungjawab beliau sepatutnya diletakkan atas bahu orang lain dan bukan dirinya sahaja. Sabri Ahmad juga pernah menyumpah seranah Tun Musa Hitam, Pengerusi Sime Darby dan Sabri begitu tegas dengan pendirian beliau bahawa orang politik tidak patut masuk campur dalam urusan tadbir korporat dan penjawat awam. “Saya hairan dengan pendirian 360 darjah Dato Sabri Ahmad dalam isu terbaru Felda iaitu isu penyenaraian dan rampasan kuasa pengerusi koperasi Felda . Dahulu Dato Sabri berkata beliau menerima paksaan meletak jawatan di Sime Darby atas dasar prinsip beliau yang benci campur tangan politik. Namun jelas beliau boleh dibeli kali ini dan pastinya gaji, elaun dan ‘remuneration’ diterima dari Felda Global Ventures terlalu bernilai untuk dilepaskan dan mungkin juga ada bahagian untuknya apabila Felda Global Ventures disenaraikan kelak. Beliau pun dah tua, lebih kurang sebaya saya dekat 65 tahun, tak larat nak ada prinsip lagi agaknya, takkan nak berhenti kerja dan cari kerja lagi. Baik beliau sapu dulu duit Felda, di Felda pun kalau tak salah Dato Sabri (berstatus) kontrak sahajakan?”
Seorang lagi sumber menyampuk bahawa “Jangan lupa kawan-kawan bila sudah kaya ya Dato? Dahulu dalam usaha kami menyelamatkan karier Dato Sabri, kami pernah buat Solat Hajat di Masjid Syakirin KLCC supaya Tun Musa Hitam jatuh dan kami turut mendapatkan bantuan Pakatan Rakyat. Tak lama kemudian Dato Sabri dilantik jadi Pengerusi MPOB, hal itu reda sementara sehinggalah sekali lagi beliau diganggu ahli politik UMNO supaya bersedia melepaskan jawatan tersebut kepada MP Johor Bahru, Shahrir Samad. Memang betul-betul meluap kemarahan beliau kepada orang UMNO. Ayat bencikan orang UMNO dan campur tangan UMNO memang bermain di bibirnya sehinggalah beliau dilantik sebagai CEO Felda Global Ventures. Kini beliau bagai menjilat ludahnya kembali tapi kalau itu boleh buat beliau kaya raya, apa salahnya. Kawan-kawan boleh tumpang senang dan apabila Felda telah disenaraikan, masyarakat luar seperti kami boleh masuk merebut peluang saham, menjadi lembaga pengarah dan menguasai perniagaan dalam Felda yang selama ini untuk orang Felda sahaja. Dato Sabri mesti bagi kawan-kawan satu industri plantation yang berniaga seperti kami masuk dalam Felda, takkan beliau tak ingat kawan-kawan” kata sumber itu lagi sambil tersenyum.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

lompinlai berkata...

Campur tangan orang politik dalam Felda bermula sejak Yusof Nor di lantik menerajui Felda.

Felda pun di lihat sudah mula jadi haru biru.

Ini pula Isa Samad mengambil alih. Lagi jadi huru hara.

Biasa lah mana-mana Pegawai Felda (YES MAN )yang kaki bodek, mengampu dan jadi tukang kipas akan mendapat ganjaran yang cukup lumayan.

Kesudahan nya peneroka juga yang gigit jari.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong