FAKTA-FAKTA PENYENARAIAN FELDA YANG TIDAK AKAN DISIARKAN TV3 DAN UTUSAN:
1. Menteri Koperasi sendiri tidak tahu menahu dan enggan mengeluarkan
2. PerjanjianPajakan di antara Felda Global Ventures dan FELDA yang disorokkan dari diketahui warga Felda sekalian jelas menyatakan pajakan tanah terlibat adalah:
· Tanah-tanahperladangan Felda yang diuruskan Felda
· Tanah-tanah sedia ada Felda (
· Tanah-tanah masa hadapan (Future land) yang bakal dibeli FELDA akan diserahkan kepada Felda Global Venture
JIKA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN, DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI DITELITI DAN MENDAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI SEBUAH REFERENDUM
3. Struktur Pra-Penyenaraian Felda Global Venture telah direka khusus bagi menipu rakyat terutamanya peneroka dan kakitangan Felda. Struktur Penyenaraian dimaksudkan adalah:
Tujuan Struktur Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah seperti berikut:
· Mewujudkan situasi kononnya terdapat konflik kuasa eksekutif apabila Pengarah Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti BSKL), Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun PM Najib sendiri bagi mewajarkan tindakan Isa Samad ini. Apabila Isa Samad menjadi Pengerusi KPF, perkara pertama akan dilakukan beliau adalah meluluskan pelepasan pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli-ahlinya selama ini
· Menutup mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda. Anak-anak syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian ini
· Hasil pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti dipanggil ‘divestment’ (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan Felda sebanyak RM1.5 – 2.0 billion
Kepada anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu di antara berikut:
DURIAN RUNTUH VS PENDAPATAN STABIL DAN HAK TERPELIHARA:
Durian Runtuh secara sekali pemberian iaitu MAKSIMUM gabungan wang tunai dan ‘pink form’ sebanyak RM20,000 – RM50,000 bergantung kepada serius mana bantahan peneroka Pink Form atau Nilai Saham tersebut adalah keuntungan atas kertas sahaja. Ia diberi sebagai galakan kepada peneroka dan kakitangan untuk menjual pegangan mereka ke atas anak-anak syarikat Felda jika inginkan wang yang sebenar. Sebarang jualan akan dibeli oleh pelabur luar (Di Bursa Saham tidak ada sekatan terhadap profil pelabur sama ada bangsa lain, negara lain malah penjenayah juga boleh membelinya). Adalah dijangka jualan anak-anak syarikat Felda dan peluang memiliki tanah-tanah Felda ini sangat ditunggu pelabur luar Felda dan akan terlebih langgan beratus kali ganda. Bermaksud, sekali dijual, beratus calon menanti membeli saham anda terutama kroni Isa dan Sabri | · Koperasi Permodalan Felda kehilangan 51% saham majoriti daripada pegangan semua anak syarikat dan bakal tinggal 30% sahaja apabila penyenaraian berlaku. · FELDA (pengurusan dan peneroka) tidak lagi ada HAK dan SUARA dalam anak-anak syarikat Felda malah adalah wajar FELDA mengarahkan nama FELDA dibuang dari Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat Felda. Boleh diganti dengan Isa Global Ventures atau Sabri Prodata. Barulah terserlah PENIPUAN kononnya untuk masa hadapan FELDA tapi dihilangkan terus hak FELDA dan diberi kepada pelabur lain · Perbelanjaan Felda setahun adalah paling kurang RM500 juta belanja pengurusan dan RM1.5 billion untuk peneroka bagi aktiviti pertanian dan sosio-ekonomi. Isa Samad dan Sabri Ahmad MEMAKSA FELDA menerima cuma sekitar RM500 juta sahaja (PAKSAAN INI TERDAPAT DALAM SURAT PAJAKAN FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES.SILA DAPATKAN PEGUAM UNTUK MINTA FELDA TUNJUK DAHULU SURAT PAJAKAN SEBELUM BERMULA 1.12.2012) Dengan pendapatan Felda hilang RM1.5 – RM2.0 billion, dijangka FELDA tidak lagi memberikan peneroka apa yang dinikmati selama ini seperti bantuan pertanian, pendidikan, usahawan, SIUF, kerohanian,sukan, perumahan dll. Kesimpulannya taraf istimewa peneroka FELDA jatuh kepada peserta tanah kampung lain seperti Kejora, Ketengah, Kesedar, Felcra dll. · Kuota Peneroka memegang Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Felda akan dikurangkan kerana peneroka tiada lagi kaitan kecuali sekadar melabur dalam saham KPF yang memegang sekadar 30% daripada saham Felda Global Ventures |
1. Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN TERBESAR:
a. Tidak ada jaminan BERTULIS di mana-mana berkenaan sumbangan tersebut dalam Surat Pajakan Tanah Felda (Diminta Peneroka dapatkan Peguam bagi menuntut kepada Felda untuk meneliti Surat Pajakan ini sebelum 1.1.2012) seperti dijanjikan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Malah jumlah RM1 billion tidak cukup pun untuk peneroka berdasarkan perbelanjaan sebelum ini
b. Isa Samad dan Sabri Ahmad tidak akan meletakkan JAMINAN BERTULIS kerana ini mengurangkan minat pelabur dan kapitalis terhadap penyenaraian anak-anak syarikat Felda. Pelabur dan golongan kapitalis bermodal besar Cuma berminat memiliki segala pendapatan, tanah dan lain-lain aset Felda dan tidak berminat memberi SEDEKAH PERCUMA kepada Felda untuk peneroka
c. Segala kata-kata, janji dan jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad pada masa ini TIDAK LAKU kerana tidak mewakili Lembaga Pengarah Felda Global Ventures yang baru nanti apabila Felda Global Ventures disenaraikan. Isa Samad dan Sabri Ahmad sekadar bertaraf kontrak dan apabila masing-masing sudah kenyang akan pergi dan TIDAK LAGI BERTANGGUNGJAWAB terhadap kenyataan mereka sebelum ini. Sabri Ahmad sendiri pernah terlibat penyelewengan RM120 juta di syarikat Golden Hope Plantation Bhd (sebuah syarikat yang pada masa itu telah disenarai) yang disiasat oleh KPMG Forensics dan didapati bersalah sehingga dipaksa Lembaga Pengarah Sime Darby untuk meletak jawatan. Skandal Sabri Ahmad dan berita ini dilapor akhbar utama dan media alternatif sekitar Jun 2008 dan skandal salah laku Sabri Ahmad pernah ditanya oleh YB Wee Choo Keong di Parlimen (Link: http://www.1malaysia.com.my/zh/news/pnb-will-not-interfere/) dan http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20080611/sime-fires-2-execs/ai_n44404255/ ) Tentang Isa Samad tidak perlu lagi didedahkan siapa beliau. Masih rasa selamatkah peneroka-peneroka Felda, kakitangan Felda terhadap 2 individu utama ini yang muncul di semua media dan sesi penerangan yang meminta supaya mereka diyakini untuk ubah masa hadapan Felda?
Semua fakta-fakta ini akan terbukti jika terdapat wakil peneroka membuat laporan polis dan melantik peguam menyaman dan mendapatkan injuksi mahkamag menghalang Felda dari memasuki perjanjian yang meragukan dan melibatkan masa hadapan peneroka dan anak-anak. Juga minta peguam-peguam anda meminta Felda dedahkan secara telus berkenaan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang mana lain diputuskan lain diberitahu oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad semasa penerangan di media dan kepada himpunan peneroka dan kakitangan. Turut tertipu adalah pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pejabat Timbalan Menteri Felda sendiri tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Isa Samad menjaja nama PM Najib merata-rata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan