INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, November 24, 2011

JASA Makan Tuan di Perlis





Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan hari ini berkata, beliau akan membuat tuntutan terbuka kepada Dato Seri
Utama Rais Yatim berkenaan beberapa pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis yang telah hilang pegangan. Terdapat pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis yang tugas sebenar mereka adalah menyatukan rakyat dengan kerajaan telah menghentam beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis dan Ketua Bahagian UMNO Arau Perlis.



JASA atau Jabatan Hal Ehwal Khas merupakan satu agensi yang bertanggungjawab untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong kerajaan. Tugas utama mereka menyampaikan berita baik mengenai kerajaan kepada rakyat. Tetapi lain pula dengan beberapa pegawai JASA di Negeri Perlis, tugas mereka memecah belahkan individu dan menghentam pemimpin-pemimpin UMNO Perlis lain yang tidak sebulu dengan Menteri Besar Perlis.

Dalam satu laman Facebook, seorang Pegawai JASA dari Bintong yang baru sahaja dilantik oleh Dato Seri Md Isa Sabu, telah mengeluarkan kenyataan biadap menghina dan memaki hamun Dato Seri Shahidan Kassim ketika beliau sedang mengerjakan haji di Makkah. Dari segi agama patutkan beliau memaki hamun seseorang yang berada di Makkah menunaikan fardhu haji dan wajarkah mereka yang dibayar gaji mengunakan duit rakyat, sibuk menghentam dan memaki hamun orang lain?

Dato Seri Shahidan Kassim juga berkata, jika pekara ini tidak diambil tindakan, beliau akan bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO nanti dan beliau juga akan menyebut nama Pegawai JASA dari Bintong itu yang telah lupa akan tugas sebenar mereka.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong