INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, November 13, 2011

PERPECAHAN DALAM FELDA – HA HA HA...HAJI NAJIB PENING KEPALA SOKONGAN DARI FELDA CHINI PENENTU ISA SAMAD

PERPECAHAN DALAM FELDA – HA HA HA...HAJI NAJIB PENING KEPALA

Ha Ha Ha... Haji Najib pening kepala isu Felda. Perpecahan dalam Felda sangat serius dan ketara. Walau Isa Samad bagitahu media dan Haji Najib semuanya baik, tapi laporan semua baik juga sebabkan BN kalah Selangor, Penang, Kedah, Perak (sebelum acara lompat katak wakil rakyat berlaku) dan Kelantan. Haji Najib tergamam dalaman Felda berantakan. Isa Samad dan Sabri Ahmad hentam FELDA malah Ketua Peneroka yang jadi Lembaga Pengarah pun turut dimaki hamun oleh penyokong-penyokong tegar mereka sebab tak setuju rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda dan gadaian anak-anak syarikat Felda.

H

a Ha Ha... Biarkan Isa Samad dan Sabri Ahmad terus leka bantai

Dato Dzul (DG Felda), Pengarah-Pengarah dan kakitangan FELDA serta tak terkecuali En. Samsudin (Ketua Peneroka) di laman maya dan melalui agen mereka Seranta UMNO Felda. Di barisan PR, lebih elok Dato Dzul keluar Felda, imej bersih dan lembut beliau menyusahkan PR mempengaruhi peneroka. Aura Dato Dzul kuat di seluruh Felda, tanyalah calon-calon PR yang tumbang di Felda. Dato Dzul sendiri ahli UMNO, dan bantuan Dato Dzul dan pengurusan Felda yang yakinkan peneroka dan kakitangan menangkan BN di DUN Hulu Selangor. DUN Kerdau dan DUN Tenang serta DUN Merlimau. Pengaruh En Shamsudin (Pak Din) pun cukup gagah di kalangan peneroka. Aura beliau juga yang menangkan BN di peti undi FELDA. Buktinya, pencacai Isa Samad dan Sabri Ahmad akhirnya mengalah kepenatan dan heret Dato Dzul dan Pak Din p


Ha Ha Ha....Bagi PR terutama generasi baru Felda yang menentang rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda dan usaha menggadaikan anak syarikat Felda dengan menyerahkan 70% saham kepada pelabur luar, mereka tidak peduli pasal Dato Dzul atau Pak Din. Dato Dzul tetap akan dapat pencen, Pak Din pun sudah tua dan jika Pak Din tersingkir dari jadi Ketua Peneroka pun, Pak Din tetap bahagia menjaga cucu dan beribadat. PR dan generasi baru FELDA cuma nak jaga masa hadapan peneroka dan generasi baru daripada tergadai dan hilang hak istimewa sebagai peneroka. Bunuhlah sesama kamu, gaduhlah...ada PR kisah?ada saat akhir siri penerangan serta paksa Dato Dzul dan Pak Din cakap semasa diwawancara TV3 tapi lain dijawab lain yang keluar dan yang mengulas panjang adalah pembaca berita sendiri. Siapa tak kenal berita TV3 yang iklan raya aidilfitri pun ala krismas dan yahudi. Dato Dzul dan Pak Din sekarang jadi bahan pameran untuk tunjukkan semuanya OK dengan usaha keji Isa Samad dan Sabri Ahmad (
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/siapa-kata-pengerusi-dan-pengarah-besar-felda-tidak-ngam.html). Penulis teringat ini juga usaha dilakukan US untuk menggambarkan situasi Palestin semua OK dengan mengambil gambar

Presiden Palestin bersalam dengan Presiden Israel (http://www.thehindu.com/news/international/article24048.ece) dalam masa yang sama Israel tetap menekan Palestin dan mengambil tanah-tanah Palestin dan menyerang pejuang-pejuang Palestin. Tidak ada bezanya tindakan Israel dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad menekan FELDA menggadai tanah-tanahnya, aset dan syarikatnya dan menutup terus keistimewaan peneroka seperti pendidikan, usahawan, SIUF, pembesaran rumah dan perumahan generasi baru, sukan, kerohanian dll. serta menyerang suara-suara FELDA dan generasi baru yang menentang usaha penyenaraian secara terburu-buru.

Ha Ha Ha...tapi teruk-teruk PR kena belasah pun tak ada pula buka kisah peribadi atau nak tutup periuk nasi pengurusan Felda dan kakitangan. Sekadar teguran melalui ceramah dan memorandum sahaja. Blogger-blogger dan Facebooker upahan Isa Samad dan Sabri Ahmad sekarang kata pengurusan Felda tak mahu Felda berubah kerana dapat duit banyak jadi wakil FELDA dalam anak syarikat. Dah tentu anak syarikat itu FELDA punya maka pengarah sedia ada yang wakil FELDA. Wakil peneroka pula kurang-kurang pun ada dua dalam setiap anak syarikat FELDA. Bezanya wakil peneroka tidak akan pencen, wakil FELDA akan pencen. Dah pencen nanti tak ada peluang lagilah jadi wakil dalam anak syarikat. Lagipun semua kakitangan kerajaan wajib bayar cukai pendapatan dan isytihar pendapatan. Isa Samad al-korupsi ada isytihar harta ke? Sabri Ahmad pasti tak berani isytihar harta sejak didapati bersalah oleh Lembaga Pengarah Sime Darby terlibat dalam skandal kerugian RM120 juta Golden Hope. Nasib Sabri Ahmad baik, sekadar diminta diletakkan jawatan, bukan disumbat dalam penjara kerana Golden Hope tak panjangkan isu kepada SPRM. Kalau Presiden ANAK Mazlan Aliman buat laporan kepada SPRM menggunakan dokumen dan bukti dari KPMG Forensic dan dokumen yang ada pada YB Wee Chee Keong serta bekas akauntan Golden Jomalina, pasti Sabri Ahmad pening kepala. Dengan dokumen sama, Sabri Ahmad diminta letakkan jawatan oleh Lembaga Pengarah Sime Darby, tak mustahil kali ini SPRM ambil tindakan jika ada laporan. Kalau ANAK buat laporan, jangan terjun dari pejabat SPRM sudahla ya Sabri?

Ha Ha Ha.. Haji Najib pening kepala. Kaedah Isa Samad buangan UMNO dan Sabri Ahmad buangan Sime Darby memaksa kakitangan dan peneroka bersetuju dan mengugut supaya mendiamkan diri bakal makan tuan. Memang kakitangan FELDA dan peneroka ini tidak ada daya melawan kempen penerangan dan tohmahan melalui media utama dan medan pertempuran maya kerana tidak punya sumber kewangan. Harus diingat, semasa Pilihanraya Kecil, semua jentera kerajaan yang diperkuda BN boleh digerakkan dan ditambah sokongan kuat pengurusan Felda dan JKK Peneroka telah berjaya menangkan undi BN. Apabila Pilihanraya Umum 13 berlangsung, jentera kerajaan yang boleh diperkudakan BN akan mengecil, Haji Najib pasti harapkan JKK Peneroka, pengurusan FELDA dan kakitangan bantu menangkan BN. Agak-agak kali ini dapat tak sokongan yang sama? Sekarang tidak mungkin Haji Najib akan nampak hati kakitangan dan peneroka FELDA selagi PRU 13 belum berjalan. Takkan Haji Najib nak paksa kakitangan dan peneroka FELDA yang memprotes dalam diam ini sain dokumen akujanji undi BN macam orang Indon, Bangla dan Myanmar yang dapat IC mudah.

Ha Ha Ha.. Isa Samad dan Sabri Ahmad sendiri bantu PR menangi hati peneroka, pengurusan dan kakitangan FELDA dalam diam. Tugasan Biro Felda dalam PR sangat mudah: Panjangkan fakta-fakta yang cuba diputarbelitkan Isa Samad dan Sabri Ahmad serta tunjukkan serangan peribadi terhadap pengurusan FELDA dan Ketua Peneroka oleh blogger upahan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Tiba PRU 13 kelak, calon-calon BN pasti terpinga-pinga kenapa pengurusan FELDA dan peneroka tidak lagi bersama dalam kempen sebaliknya membuka pintu seluasnya kepada PR untuk berkempen. Pada masa ini PR tidak mengharapkan peneroka dan kakitangan FELDA turut berkempen, buat sepanduk atau bakar patung Isa Samad. Cukup sekadar tunjukkan protes anda terhadap Isa Samad dan Sabri Ahmad melalui undian terhadap PR pada PRU 13. Mudah kan?

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong