INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Disember 28, 2011

FGVH ke Bursa Malaysia Tetap di Teruskan

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada April 2012, berjalan lancar.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Presiden/Ketua Eksekutifnya Datuk Sabri Ahmad berkata FGVH yakin terhadap misinya untuk melakukan penyenaraian itu dalam tempoh yang ditetapkan.

Sabri membuat kenyataan itu sebagai mengulas pembentukan sebuah kumpulan yang mempersoal penyenaraian berkenaan.

Yang terbaharu ialah daripada Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan yang mengumumkan ia sudah membentuk jawatankuasa penilaian bagi menganalisis penyenaraian itu dan akan mengemukakan cadangan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sabri berkata walaupun FGVH terbuka untuk sebarang idea yang dapat meningkatkan proses penyenaraian atau mengoptimumkan nilainya, lembaga pengarah tegas dalam misinya untuk menyenaraikan syarikat ini pada April tahun depan.

"Kami tidak berganjak dan kami sudah jelas mengenai manfaat yang boleh diraih hasil penyenaraian ini dengan mewujudkan keadaan sama-sama menang untuk semua.

"FGVH adalah milik penuh Lembaga Felda dan keputusan untuk Koperasi Permodalan Felda, untuk memiliki saham dalam FGVH sebelum penyenaraian dilakukan bertujuan membolehkan manfaat disalurkan terus kepada peneroka Felda, yang kesemunya merupakan anggota koperasi itu, katanya.

Sabri berkata penyenaraian FGVH tidak boleh ditangguhkan oleh pihak luar yang tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat atau sebarang kedudukan dalam tadbir urusnya.

"Keputusan kami untuk penyenaraian itu sudah dirancang dengan teliti. Ia adalah hasil daripada proses yang dimulakan pada 2009, yang merupakan sebahagian daripada program tranformasi lima tahun Felda," katanya.

Beliau berkata peranan FGVH ialah untuk meluaskan jejak perniagaan antarabangsa Felda dan menerusikan peluang baharu bagi memastikan pertumbuhannya yang mantap.

"Pihak luar tidak dapat menggagalkan rancangan ini untuk memenuhi agenda mereka sendiri, dan lembaga pengarah FGV akan meneruskan penyenaraian terbabit," katanya.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong