INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Disember 18, 2011

SURAT ADMIN FB SAYA WARGA FELDA PADA ANUAR

Assalamualaikum Saudara Anuar,

Terlebih dahulu, terima kasih kerana masih bersemangat dalam usaha membina dan membantu warga belia Felda di seluruh negara. Sememangnya tugas sebagai pemimpin belia dalam era media baru tidak dapat dinafikan cabarannya namun, media dan kaedah lama masih lagi relevan. Seperti yang saudara Zahari pernah nyatakan dalam surat terbuka beliau kepada saudara Anuar “..belia hari ini menuntut suara mereka didengari oleh pihak yang berkenaan dalam kaedah & nada yang tidak siapa pernah lihat ia berlaku di masa lampau.”

Saya percaya perlantikan saudara adalah berlandaskan keperibadian dan kesungguhan saudara dalam memahami pemikiran dan kehendak belia Felda di tanah rancangan. Saya perhatikan peranan pemimpin MBFM, samada di peringkat kebangsaan mahupun tanah rancangan, telah dikritik hebat dari sekumpulan belia di wall Saya Warga Felda (SWF) yang sedikit sebanyak telah mencela kewibawaan mereka yang berada di tampuk pimpinan MFBM. Ini, pada pandangan saya perlu diberi perhatian segera.

Saudara Anuar, pada surat kali ini saya ingin menarik perhatian saudara berkenaan isu peruntukan RM 5 juta yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita bagi membangunkan sahsiah, ekonomi dan kebajikan belia-belia Felda di tanah rancangan. Isu ini telah menjadi satu debat antara belia di laman SWF yang perlu diberikan perhatian oleh saudara. Pada pandangan saya, warga belia tidak salah dalam memilih pemimpin kerana percaya saudara Anuar dapat membawa perubahan dan kesinambungan usaha Perdana Menteri dan Felda dalam meningkatkan sahsiah, ekonomi dan kebajikan mereka di tanah rancangan. Sekitar tahun 2007, sila betulkan jika silap, terdapat juga peruntukan yang sebegitu untuk belia-belia Felda. Namun begitu perinciannya terus kabur. Tidak mengapa tentang itu.

Bagi peruntukan terbaru ini iaitu RM 5 juta, semua belia di laman Saya Warga Felda (SWF) amat berharap agar pihak MBFM di bawah pimpinan saudara dapat berkongsi maklumat terperinci bagaimana peruntukan tersebut akan atau telah diagihkan bagi memastikan ketelusan dalam pembahagian peruntukan tersebut dan juga bagi menafikan sebarang fitnah. Niat warga belia di SWF adalah mulia kerana mereka tidak mahu seorang pemimpin yang dipilih oleh mereka (belia) terus diperlekeh dan dipersalahkan.

Perubahan yang didokong oleh media baru menuntut saudara mengubah metodologi dalam mengendalikan persatuan & belia. Suara-suara mereka tidak lagi boleh dipandang ringan kerana jika pihak pimpinan MBFM tidak mahu mendengar, pasti ramai lagi belia di luar sana mahu mendengarnya. Agenda dan penyampaian ‘kedai kopi’ perlu ditukar kerana kini belia tidak lagi perlu ke sana untuk menjual idea dan permikiran mereka. Suara mereka kini boleh didengari oleh semua belia di seluruh Malaysia.

Oleh itu, janganlah berdiam diri sekadar menjadi pemerhati. Bersamalah belia-belia di laman SWF. Berinteraksilah dan jelaskanlah segala persoalan yang ditimbulkan dalam merungkai kekusutan di antara belia di tanah rancangan. Jadikan laman SWF ini sebagai platform untuk menjelaskan isu berkaitan belia Felda dan pejelasan yang dikemukakan juga dapat didengari oleh seluruh warga Felda. InsyaAllah. Kami menanti penjelasan dari saudara Anuar.

Ikhlas dari,
Emizan Abdul Majid
Admin, FB http://www.facebook.com/groups/104889596196/permalink/10150526891666197/
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong