MilaSuam
TAHUN baru 2012 dimulakan dengan tragedi berdarah yang bakal tercatat di dalam lembaran sejarah sebagai kekejaman pihak polis terhadap mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.
Malam tadi, satu demonstrasi aman diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI di Tanjung Malim oleh sekumpulan aktivis mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.
Kumpulan mahasiswa ini difahamkan merancang untuk berhimpun sehingga pagi secara aman sebagai simbolik memperjuangkan kebebasan akademik.
Malangnya pihak Polis Simpanan Persekutuan, FRU menyerbu masuk ke kawasan Universiti dan menghalang perhimpunan ini. Tambah malang kumpulan mahasiswa kerdil yang berhimpun tanpa senjata ini telah dipukul, dipijak dan dibelasah hanya kerana enggan bersurai.
Berikut antara gambar yang sempat diambil semasa kejadian berlaku menggunakan kamera handphone.
Akibatnya, ramai mahasiswa yang cedera akibat dibantai, dipijak dan dibelasah oleh FRU. Malah ada yang dikerjakan sehingga separuh mati. Ramai yang cedera termasuk di muka, patah gigi dan tulang rusuk serta bermandi darah.
Di bawah ini antara gambar-gambar bukti kekejaman polis untuk tatapan anda semua. Sila klik untuk membesarkan image.
Perompak bersepah-sepah, penjenayah berlambak-lambak, tapi mereka pilih tangkap dan belasah mahasiswa kerdil yang lansung tidak merbahaya ini. Ini kerja orang gila! Bodoh!
source: http://milosuam.blogspot.com/2012/01/tragedi-berdarah-upsi-mahasiswa.html#ixzz1iBPhIrjV
MAHASISWA KRITIKAL DI BELASAH FRU? ADAM ADLI DITANGKAP?
Laman Rasmi PKR PAHANG
Sebentar tadi, mendapat maklumat berlaku kekecohan di UPSI di mana beberapa pelajar telah mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan UPSI yang dikenakan ke atas Mahasiswa Adam Ali (yang menurunkan seketika bendera Najib).Sewaktu Pelajar yang menyokong Najib berdemo, adakah begini keadaannya?
Beberapa orang Pelajar telah ditangkap dan diberitakan termasuk juga Adam Adli. Anggota FRU turut dikejarkan ke UPSI dan dikatakan telah menggempur para Pelajar sehingga beberapa Pelajar mengalami kecederaan termasuk seorang yang kritikal bernama Muhammad Safwan Anang Talib.
Keadilan Pahang membantah sekeras-kerasnya jika berlaku kekerasan yang digunakan oleh pihak Polis. Kebangkitan Mahasiswa tidak mampu disekat lagi dan rejim Umno mesti ditumbangkan
Protes Auku: 17 ditangkap, 2 parah
Harakahdaily
TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka.
Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU.
Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak anggota polis dan kini didakwa sedang mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.
Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.
Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.
Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.
Dalam satu respon segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk keganasan ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.
"Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini agar semua tahanan itu dibebaskan.
"Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River," katanya kepada Harakahdaily.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sungguh zalim dan kejam, Nasruddin juga memeberi amaran, satu himpunan lebih besar akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa tersebut.
"Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia.
"Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas," tegasnya.
Harakahdaily sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan