10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, Januari 25, 2012
MENGAPA FELDA HALANG UJIAN MAKMAL ?
"Kebangkitan peneroka Felda menuntut hak dengan menyaman badan itu semakin ketara. Jumlahnya telah mencecah ribuan dan makin meningkat. Felda yang menjadi lubuk wang pemimpin umnobn dan kakitangan Felda yang rakus dan tidak amanah, mengaut hasil mahsul yang sepatutnya menjadi hak peneroka yang kekal dhaif dan menjadi mangsa yang mudah ditakut-takutkan.
Namun begitu kebangkitan kesedaran peneroka akibat perjuangan yang tidak pernah kenal putus asa dari pemimpin Pakatan Rakyat dan individu yang berkesedaran menyebabkan BN@Felda semakin kecut. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asal saja mereka boleh kekal merompak dan menyamun hak orang lain sewenangnya.
Sebelum ini Felda terkenal dengan gejala ugutan melampau dan layanan buruk kakitangannya termasuk pengurus Felda terhadap peneroka. Ada pengurus yang mengugut untuk menembak peneroka yang mahu mengusahakan sendiri ladang mereka. Malah mereka sanggup membuat laporan palsu yang dituruti oleh pihak polis sehingga peneroka ditahan di dalam lokap semata-mata menuntut hak mereka. Ugutan singkir Felda, merampas hak peneroka menerima bantuan buku teks dan bantuan pelajaran untuk anak-anak, bantuan kewangan, menafikan hak menerima wang tabungan mereka sendiri, malah menipu rakyat mengatakan bahawa peneroka adalah `bangsa' yang paling banyak menerima subsidi dan kemudahan bantuan dana kewangan dari kerajaan yang pada hakikatnya adalah wang simpanan / tabungan peneroka sendiri.
Terkini, akibat gelombang kesedaran peneroka yang menyedari hak-hak mereka ditindas dalam banyak isu sehingga memaksa mereka mengambil pendekatan saman di mahkamah akibat kebongkakan Felda untuk berunding. Dalam isu penipuan / penyelewengan kadarperahan minyak sawit KPG, hasil kemenangan peneroka Kemahang 3, maka peneroka seluruh negara turut bangkit menuntut hak. Mereka telah ditipu sehingga menjangkau 20 tahun oleh perancangan licik kakitangan Felda yang selesa menyedut rezeki haram merampas hak orang lain. Setelah mengugut, menggunakan petugas keselamatan malah menabur fitnah. Kini BN@Felda melampaui batas dengan menggunakan institusi yang mengawal makmal pemprosesan minyak sawit (MPOB?) bagi menghalang peneroka yang ingin menghantar buah sawit mereka bagi dianalisa untuk mendapatkan kadar perahan yang sepatutnya. Ujian makmal ini penting bagi peneroka membawa kes penyelewengan Felda yang sengaja meletakkan KPG hasil sawit mereka pada kadar yang jauh lebih rendah.
Institusi terbabit memberi arahan agar semua makmal kajian hanya menerima sampel dari kilang pemprosesan sawit sahaja. Ini menafikan hak peneroka dan sesiapa sahaja individu untuk mengetahui kadar gred yang selayaknya bagi hasil buah sawit mereka. Sudah pasti ini bagi menghalang peneroka menuntut hak mereka yang sebenar.
BN@Felda jelas tidak berani menjawab kebenaran yang ditimbulkan oleh peneroka di mahkamah. Mereka terbukti merosakkan negara ini melalui penyelewengan mega terhadap kekayaan hak rakyat dan kemusnahan terhadap institusi yang sepatutnya melindungi hak rakyat dan kedaulatan negara. Mereka yang bersekongkol dengan mereka adalah manusia keji yang digelapkan hati oleh Allah dan semoga mereka akan turut menerima kemusnahan yang tidak lama lagi bagi regim umnobn di atas muka bumi Malaysia ini.
Bagi peneroka, istiqamah tuntutlah hak anda dan berdoalah... sesungguhnya anda adalah pihak yang dizalimi.
Oleh Tiongmas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan