PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta peneroka Felda supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan para peneroka tanah rancangan itu.
Perdana Menteri berkata, para peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.
"Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda.
"Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat Felda," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Felda Chini Timur di sini, hari ini.
Najib berkata sebaliknya penyenaraian FGVH merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka Felda selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya, pinjaman membesarkan rumah dan sebagainya.
Beliau mengulangi jaminan bahawa semua peneroka Felda di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini.
"Seperti yang saya cakap dalam Bajet 2012 lepas, peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.
"Saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa yang sesuai dan ia "mungkin" melebihi RM500," katanya.
Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekali gus menampilkan imejnya di mata masyarakat.
Katanya, sesebuah pertubuhan itu mesti memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri.
"Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli-ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab," katanya.
SH
Komen saya
Apabila PM kita sebut durian runtuh "mungkin RM500/"
RM500 .00 bukannya durian runtuh..kalau durian runtuh sekurang-kurangya RM10 ribu atau RM20 ribu...
RM500.00 itu gula-gula.......Kena bodoh lagi peneroka.....
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Isnin, Januari 16, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan