INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Januari 17, 2012

PROTON BERTUKAR TANGAN ?


Proton kini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai siapakah pembida bertuah untuk memiliki kepentingan Proton Holdings Bhd. (Proton) kini terjawab apabila Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) semalam mengumumkan memilih DRB-HICOM Bhd. sebagai syarikat yang bakal menguasai Proton.

Entri berkaitan –> Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Berjaya Memiliki Proton?

Jualan kepentingan yang melibatkan 42.74 peratus ekuiti Khazanah itu ditawarkan pada harga RM5.50 sesaham atau nilai keseluruhannya RM1.291 bilion.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat dalam perbincangan dan penilaian terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kedudukan kewangan dan sama ada pemegang saham baharu itu boleh membawa Proton ke peringkat lebih maju seiring dengan aspirasi perkembangan sektor automotif nasional.

Menurut beliau, penjualan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada beberapa garis panduan dan di antaranya ialah ia perlu mendapat kelulusan daripada pemegang saham DRB-HICOM. Pada ketika ini DRB-HICOM mempunyai kakitangan kira-kira 40,000 orang.

“Sebaik sahaja selesai perjanjian jual dan beli ini, DRB-HICOM perlu melaksanakan tawaran awam mandatori ke atas baki saham Proton,” katanya melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan di sini semalam.

Credit to Kosmo
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong