INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Februari 22, 2012

"Durian Runtuh" untuk Peneroka Felda


Dari sumber bekas pimpinan tertinggi Felda telah dipetik bahawa setiap dari Peneroka Felda akan dapat RM30,000.00 apabila penyenaraian FGVHB dilakukan. RM30,000.00 ini akan diberikan samada dalam bentuk tunai atau dalam bentuk saham.

Pemberian ini akan dilakukan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan dan wang RM30,000.00 ini akan dijadikan bahan kempen UMNO/BN betapa penyenaraian FGVHB ini memberikan menfaat kepada peneroka-peneroka Felda.

Ini bukanlah kali pertama UMNO/BN menghulurkan wang tunai kepada peneroka-peneroka Felda bagi mengumpan undi peneroka-peneroka.

Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Najib Tun Razak telah menghulurkan RM1000.00 sebelum hari mengundi dan RM49,000.00 lagi selepas BN menang kepada peneroka-peneroka Sungai Buaya. Hasil daripada rasuah politik ini penduduk Sungai Buaya yang sudah tertipu untuk menjadi jutawan telah merobah pendirian mereka dengan mengundi calon Barisan Nasional.

Mereka menjadi lupa akan penderitaan mereka bertahun-tahun; tanah mereka telah menjadi hakmilik syarikat-syarikat kroni UMNO/BN, apa yang dijanjikan kepada mereka bahawa mereka akan memperolehi RM1.2 juta menjadi "mimpi angan-angan" dan mereka mengharungi kehidupan dengan pendapatan kecil didalam lingkungan RM200.00 - RM500.00 dengan menjalankan bermacam-macam pekerjaan "odd jobs" yang tidak memberikan pulangan yang baik. Mereka hidup menderita. Tanah ladang mereka sudah tiada dan mereka juga tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Penderitaan mereka itu dikongsi oleh anak-anak mereka dari generasi kedua dan ketiga.

Semasa Pilihanraya Kecil Kerdau, tiba-tiba ada wang cess sebanyak RM13,000.00 dibayar kepada peneroka-peneroka Felda Jengka 22 dan ada pula wang dari MPOB sebanyak RM4,000.00 dibayar kepada peneroka-peneroka Jengka 23.

Entah dari mana sumbernya wang cess ini tiada diketahui. Kalau wang cess dari RISDA, sudah pasti wang itu sudah kehabisan semasa peneroka-peneroka menyerahkan ladang masing-masing untuk ditanam semula oleh Felda dan wang cess itu sudah digunakan oleh Felda untuk kos tanam semula. Maka wang yang dikatakan wang "cess" ini pastilah bukan wang cess tetapi wang sogokan untuk meraih undi peneroka-peneroka Felda Jengka 22 itu untuk ombak perubahan menentang BN di Jengka 22 yang besar.

MPOB juga membayar insentif tanam semula sawit kepada peneroka-peneroka Felda Jengka 23 walhal puluhan rancangan Felda didalam kawasan Jengka tidak diberikan kemudahan yang sama, bahkan apabila MPOB dihubungi mereka menyatakan bahawa tidak ada peruntukan.

Maka peruntukan "mee segera" yang diberikan atas nama insentif tanam semula dari MPOB itu adalah wang untuk "rasuah politik" bagi mengembalikan sokongan peneroka-peneroka di Jengka 23 kembali mengundi UMNO/BN.

Pemberian wang sejumlah RM30,000.00 samada sebelum atau selepas penynaraian FGVHB yang akan diberikan kepada peneroka-peneroka Felda adalah satu lagi umpan rasuah politik yang akan dilaksanakan oleh UMNO/BN bagi mengekang kebangkitan peneroka-peneroka Felda.

Apakah kesannya nanti kepada peneroka-peneroka dari sudut hala tuju pengundian mereka? RM30,000.00 adalah jumlah yang besar, apatah lagi jika diperolehi sekaligus. Sudah pasti wang sebanyak ini boleh merubah pemikiran sesetengah peneroka-peneroka.

Kepada peneroka-peneroka yang tegar penyokong pembangkang, mereka bersyukur dengan "durian runtuh" ini tetapi undi mereka tetap diberikan kepada Pembangkang. Kepada peneroka-peneroka yang baru hendak berjinak-jinak dengan Pembangkang, ada diantara mereka yang akan berpaling tadah. Pengundi-pengundi atas pagar boleh dipengaruhi dengan pemberian wang rasuah ini!

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa anak-anak peneroka Felda dari generasi kedua dan ketiga tidak mendapat imbuhan rasuah ini, kerana pembayaran itu hanyalah untuk peneroka-peneroka Felda sahaja.

Didalam satu-satu rancangan Felda bukan hanya sekadar didiami oleh peneroka-peneroka tetapi yang lebih ramai dengan nisbah yang jauh lebih besar adalah anak-anak peneroka Felda dari generasi kedua dan ketiga.

Golongan terbesar mereka ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan pendapatan yang stabil.

Golongan ini sangat mengharapkan bahawa Felda Plantation seluas 830,000 ekar itu dapat dimansuhkan dan tanah-tanah itu diagih-agihkan kepada mereka untuk menjadi peneroka baru supaya tidaklah lagi mereka perlu menumpang di rumah ibu-bapa mereka dan mengharapkan penghasilan ladang ibu bapa mereka untuk menumpang hidup.

Dengan penyenaraian FGVHB nanti, harapan mereka untuk menjadi peneroka baru hancur berkecai kerana tanah seluas 830,000 ekar itu akan dicagarkan oleh Felda kepada FGVHB untuk pulangan yang kecil yang mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos yang kini ditanggung oleh Felda.

Peneroka-peneroka juga akan terus kerugian kerana Koperasi Permodalan Felda juga akan diserahkan kepada FGVHB dan saham peneroka-peneroka menghadapi risiko tidak lagi memperolehi dividen tahunan sebanyak 15% setahun, Isa Samad didalam jawapan yang ditujukan kepada beliau menjawab bahawa "bergantung kepada untung rugi perniagaan."

Durian runtuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu adalah wang rasuah politik dan inilah jenis politik yang diketahui oleh UMNO/BN, sebuah parti yang mengamalkan rasuah disemua bidang.

http://lubokkawah.blogspot.com/2012/02/durian-runtuh-untuk-peneroka-felda.html
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

uLaTbUKu.cOm berkata...

DAN TERANG LAGI BERSULOH, KATA ORANG TUA TUA....NAMPAT SANGAT SANGAT JELAS BAHAWA INILAH SATU SATUNYA CARA NAJIB/UMNO/BN RASUAHH PENEROKA UNTUK PRU13......KALAU BN MENANG ATAU KALAH LEPAS TU FELDA NAK LINGKUP PUN LANTAK PI LA, DUIT DARI PENGGADAIAN FELDA DEPA DAH DAPAT.....

Tanpa Nama berkata...

asal la ko ni bodoh sgt ...tak kan baru skrg BN nak lingkupkan felda..tak munasabah betul

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong