INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Februari 15, 2012

GENG CASTELLO CURI LEMBU DI CHINI


Geng Castello kantoi ketika jual lembu curi
Sinar Harian)

CHINI ,PEKAN – Seorang lelaki yang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti jenayah sekitar daerah ini akhirnya berjaya diberkas bersama empat ahli kumpulannya ketika sedang berurus niaga dengan seorang pelanggan yang mahu membeli lembu curi mereka.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah berjaya memberkas semua suspek dan pelanggan tersebut di Bukit Rangin, Kuantan, beberapa hari lalu.

Menurutnya, pelanggan itu merupakan peniaga ayam di Pasar Besar Kuantan dan disyaki membantu mencari rakan peniaga yang menjual daging sebagai pelanggan.

“Polis berjaya menahan anak-beranak berusia 40-an dan 18 tahun ketika mereka menaiki sebuah lori membawa empat lembu curi yang sudah siap dipotong kepala serta kaki untuk dijual.

“Dua lagi lelaki yang juga adik-beradik dari Temerloh berusia 30-an dan 19 tahun yang menaiki sebuah kereta turut ditahan. Mereka disyaki ahli kumpulan Castello serta membantu kerja mencuri lembu di sekitar gugusan Felda Chini dan sekitarnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Yahaya berkata, Castello yang juga suspek utama berasal dari Kampung Salong itu mempunyai sebanyak 25 kes lampau termasuk pecah rumah, rogol, mencuri dan pelbagai lagi perlakuan jenayah.

“Kegiatan terkini suspek ialah mencuri lembu dan ternakan lain di sekitar Felda Chini. Polis sudah menyelesaikan beberapa kes kehilangan ternakan dilaporkan sebelum ini.

“Semua suspek masih ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun,” katanya.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong