Tanpa perlu menghuraikan semula sebab penentangan ANAK dan warga Felda; Kerajaan BN mestilah bersedia dengan isyarat jelas penolakan dasar separuh masak penyenaraian FGVH yang di ketuai Isa Samad. Daripada awal pendirian ANAK, suatu transformasi kearah penambahbaikan Felda boleh di bincang dan ditangani tanpa perlu kepada penyenaraian di Bursa Malaysia. Adalah dicadangkan diadakan suatu Konvensyen Halatuju Felda dengan menemukan semua pihak yang berkaitan bagi merumuskan mekanisme strategik bagaimana usaha-usaha boleh digerakkan untuk terus membangunkan Felda ke tahap yang di sasarkan.
Kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Najib mesti mengimbas kembali matlamat Felda di wujudkan oleh bapa beliau, Allahyarham Tun Abd Razak tahun 1956. Jangan dikhianati perjuangan dan pengorbanan bapa beliau dan pemimpin terdahulu. Mengapa Kerajaan pimpinan beliau beria-ria sangat dengan pelan penyenaraian FGVH seolah-olah esok lusa peneroka akan merempat dan rugi besar jika menolak cadangan tersebut?
Gelojoh benar nampaknya PM dan Isa Samad dengan menidakkan peneroka selaku tuan tanah yang bersusah payah puluhan tahun selama ini.
Tidak perlu bersandiwara mahu menolong peneroka. ANAK tahu agenda Kerajaan BN dan motif sebenar penyenaraian. ANAK simpati dengan nasib peneroka Felda yang diperdaya hingga menyerahkan salinan Kad Pengenalan, Salinan Geran HakMilik dan dokumen peribadi ahli keluarga serta kesukaran menyediakan buku Akaun Bank seperti diminta baru-baru ini. Kononnya akan dapat durian runtuh ribuan ringgit. Ketika ini lakonan PM dan Isa Samad kita sudah mula dedahkan secara bersiri. Lebih banyak pendedahan dan penyelewengan akan dilakukan selepas ini dengan bukti-bukti yang sangat kukuh. Meskipun penentangan kita berjaya hingga EGM di batalkan, perjuangan tidak terhenti setakat ini.
ANAK akan bersama Gerakan Selamatkan Felda(GSF) akan berusaha mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Negeri-Negeri mulai Mac ini memohon perkenan Tuanku Sultan agar campurtangan supaya Tanah Felda Plantation di negeri masing-masing tidak di pajak kepada FGVH. Bahkan ANAK akan menyerahkan memorandum suatu cadangan bagaimana tanah seluas 360,000 hektar boleh dimanfaatkan untuk rakyat dan menjana perolehan baru kepada kerajaan negeri. Langkah Kerajaan Negeri Kelantan yang bercadang memajukan tanah Felda Plantation seluar 55 ribu hektar dengan memasukkan 8 ribu peneroka baru terdiri daripada anak Kelantan sangat relevan, sesuai dengan saranan ANAK selama ini.
ANAK menyokong penuh usaha Biro Felda dan Orang Asal PKR mengutip 100,000 tandatangan bantahan penyenaraian FGVH yang bakal diserah kepada Perdana Menteri 30 Mac 2012 di Putrajaya. Bahkan, Jika ianya gagal melunakkan pendirian PM untuk terus menyenaraikan FGVH pada 10 Mei ini seperti disebut Datuk Ahmad Maslan; Suatu HIMPUNAN RAKYAT PERDANA dijangka akan diadakan pada April ini. Puluhan ribu Warga Felda akan menyerlahkan keberanian mereka untuk turun berarak bersama rakyat lainnya menyerahkan memo kepada Yang DiPertuan Agong di Istana Negara.
Ingat, nasib Kerajaan BN akan ditentukan melalui undi 55 kawasan Parlimen dan 92 Dun yang ada pengundi Felda pada PRU 13!
MAZLAN ALIMAN
Presiden ANAK
27 Feb 2012

1 ulasan:
Ada kawan2 di London bagitau terserempak TSI di London bersama rombongan 2 biji bas org2 FELDA...
Kenapa yer ramai2 pergi London ni...
:-aLCapone-
Catat Ulasan