INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Februari 21, 2012

ISA & SERANTA TOLONG JANGAN KACAU FELDA

Mazlan Aliman
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT ekoran keputusan Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) yang membatalkan Mesyuarat Agung Khas KPF yang bakal diadakan esok. Sambil mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut, ANAK sekali lagi mengulangi desakan agar YAB Perdana Menteri membatalkan hasrat penyenaraian Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia.
Kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda telah menggugat keharmonian kehidupan 1.6 juta Warga Felda dengan pelbagai pendekatan yang merugikan. Tindakannya memberi amaran kepada kakitangan Felda jika menyokong pembangkang, memperalat Jabatan Seranta Felda, 'berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan(Shamsudin Othman)' dan mendalangi usaha penyenaraian FGVH telah menghuru harakan Felda.
ANAK dengan ini mempertegaskan agar Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta. Tumpukan perhatian sebagai ADUN Bagan Pinang manakala rumahtangga Felda biarlah diserah kepada mereka yang berwibawa kerana terdapat 10 ribu anak-anak Felda yang mempunyai latarbelakang pendidikan dan kerjaya yang boleh mengambilalih tempat beliau.
Jika beliau enggan, Perdana Menteri wajar memecat beliau segera. Mempertahankan Isa Samad adalah suatu kesilapan besar yang menjauhkan hubungan warga Felda dengan Kerajaan. Menolak penyenaraian FGVH bukan berarti kita menolak gagasan mengangkat ekonomi Felda atau meng'antarabangsakan' Felda di peta dunia.
Proses penambah baikkan keatas Felda telah dilakukan. Penstrukturan terhadap Felda Holding, Felda Plantation dan pengukuhan KPF juga sedang dibuat. Pandangan kritis ANAK dalam isu Generasi Baru Felda, penyelenggaran kebun peneroka, Kos Tanam Semula, kecelaruan Kadar Perahan Gred dan lain-lain sedang ditangani oleh Felda meskipun sebahagiannya di bawa ke Mahkamah.
Kembalikan ketenangan dan kedamaian di Felda. Tan Sri Isa Samad, Dato' Sabri Ahmad dan Dato' Eshanudin Mohd Noor sila keluar dari Felda.
ANAK mahu dikembalikan semula Dato' Zulkefly Abd Wahab dan En Abidin Abd Rahman ke jawatan mereka sebagai Pengarah Besar Felda dan Timbalan Pengarah Besar Felda.
Moga perkembangan Felda berterusan dan ANAK bertindak sebagai check dan balance bagi mempastikan Felda berada di landasan yang betul sebagaimana di asaskan Allahyarham Tun Abd Razak.

MAZLAN ALIMAN
Presiden ANAK
21 Februari 2012
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong