INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Februari 11, 2012

PKR anjur demo bantah penyenaraian FGVH


Cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada April ini terus mencetuskan kemarahan orang ramai dengan PKR bersiap sedia mengadakan demonstarsi besar-besaran di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 30 Mac ini.

NONEKetua biro Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said (kiri) berkata penunjuk perasaan akan berarak dari masjid Putrajaya pada hari berkenaan sambil membawa kain rentang yang mempunyai 100,000 tandatangan peneroka Felda yang membantah penyenaraian itu.
Menurutnya, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga akan dijemput ke perhimpunan tersebut, yang menandakan berakhirnya kempen tandatangan.

Kempen akan bermula di Felda Kerteh, Kemaman, Terengganu esok dan akan disambung ke penempatan Felda di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak untuk mendapatkan sokongan peneroka.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua PKR Johor Datuk Chua Jui Meng juga dijadualkan hadir pada kempen di Felda Cahaya Baru, Johor Baru, Johor pada 11 Feb, kata Suhaimi.

Menurutnya, sebahagian besar peneroka ragu-ragu dengan penyenaraian itu kerana khuatir bahawa ia akan melupuskan dividen tahunan 15 peratus yang mereka nikmati hasil pelaburan dalam Felda Holdings sekarang ini.

NONE"Sekarang mereka dapat dividen 15 peratus setahun, tetapi selepas pertukaran saham, tiada jaminan seumpama ini lagi," katanya.

FGV dimiliki sepenuhnya oleh Felda mengikuti struktur semasa. FGV mempunyai 49 peratus pegangan dalam saham Felda Holdings Berhad manakala Koperasi Permodalan Felda (KPF) memiliki baki 51 peratus lagi saham.

Struktur baru yang dicadangkan adalah bahawa supaya Felda memiliki 40 peratus manakala KPF memegang 60 peratus kepentingan dalam FGV; manakala syarikat itu pula memegang kepentingan 100 peratus dalam Felda Holdings Berhad.

Tambah beliau anak-anak peneroka Felda juga tidak bersetuju dengan rancangan untuk menyerahkan ladang mereka kepada FGV.

"Generasi kedua berharap untuk mendapatkan tanah di Felda, tetapi mereka terpaksa menyerahkannya pula kepada FGV.

"Mereka tidak sepatutnya melibatkan FGV dan Felda Holdings dalam penyenaraian itu, ia akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan kepada peneroka," katanya.

NONESelain PKR, NGO pimpinan PAS yang mewakili anak-anak peneroka Felda juga merancang untuk memohon ahli-ahli KPF untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, berkata bahawa beliau tidak akan mengkhianati Felda yang diasaskan oleh allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.

http://www.malaysiakini.com/news/188730
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong