INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Mac 18, 2012

Felda Akan Heret Pembocor Dokumen Kepada Pihak Berkuasa


KUALA LUMPUR – Presiden Kumpulan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad menegaskan bahawa pihak Felda akan mengambil tindakan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kebocoran beberapa dokumen sulit milik syarikat itu ke khalayak umum.

Berucap di majlis Himpunan Penulis Maya 2012, beliau berkata tindakan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat berdasarkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) di mana disyaki wujudnya pihak yang membocorkan dokumen-dokumen sulit syarikat tersebut.

“Ya, kita akan membuat laporan polis mengenainya (kebocorang dokumen-dokumen Felda), ia akan dalam masa yang terdekat dan dibuat di bawah OSA.

“Kita akan menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat, kami akan beri kerjasama sepenuhnya,” katanya menjawab soalan salah seorang peserta program di sini hari ini.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abdul Manap semalam dilaporkan menggesa Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) membuat laporan polis bagi menyiasat pihak yang membocorkan dokumen sulit berkaitan proses penyenaraian FGVH kepada pihak pembangkang.

Menurut Anuar, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan proses penyenaraian FGVH masih dalam pemantauan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang menggariskan dokumen sulit tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya kepada umum.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman sebelum ini mendedahkan beberapa dokumen yang dianggap sulit milik Felda dan menunjukkan satu laporan lengkap minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda di lobi Parlimen kepada media pada Khamis lalu.

Selain itu, Sabri turut menjelaskan bahawa pihaknya akan mengadakan satu pertemuan dengan para pemimpin Barisan Nasional (BN) dari kawasan-kawasan yang membabitkan tanah rancangan Felda pada 23 Mac ini bagi memberikan taklimat menyeluruh mengenai penyenaraian FGVH.

Beliau menjangkakan bahawa para pemimpin BN akan faham mengenai isu penyenaraian FGVH tersebut dan memberikan penerangan sewajarnya kepada seluruh warga Felda di kawasan DUN atau Parlimen yang mereka wakili.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan adalah wakil rakyat pertama yang menyatakan komitmennya membawa suara ratusan ribu peneroka di Felda Gugusan Sungai Dusun, Selangor, yang mahu kerajaan mempercepatkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Kamalanathan dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan bahawa suara para peneroka di kawasannya akan dibawa ke Parlimen dalam masa yang terdekat.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong