

Tentang ketidak adilan dalam pentadbiran rancangan Chini 3.
Malangnya sifat hasad dengki masih ujud dalam pentadbiran Felda Chini 3.
Memberi surat amaran berpindah dengan alasan landskap…kalau sekadar landskap diberi amaran berpindah sebenarnya pentadbiran rancangan tidak bijak untuk menangani masaalah setempat dan membuat langkap yang menarik.

Rasanya felda sudah memberi kursus landskap pada semua yang terlibat di setiap rancangan gugusan chini dan saya sendiri mengikuti kursus landskap bertempat di pejabat JKKR Chini 3 tahun lalu.
Focus landskap banyak tertumpu pada hiasan tanaman dan susunan ..
Mengapa harus terus tertumpu pada gerai…sedangkan gerai yang sedia ada boleh di susunatur dengan cantik tanpa arahan pindah
Pentadbiran Rancangan juga mengarahkan berpindah ketempat yang telah di tetapkan dikawasan tapak peniaga ikan,kawasan yang telah dimiliki oleh orang lain,kawasan berbau busuk ,kawasan terpencil yang bukan tumpuan makan minum.
Pentadbiran Rancangan mengapa tidak memberi amaran yang sama pada gerai-gerai ditepi-tepi jalan yang tumbuh bagaikan cendawan .? Pada kedai kayu di depan pejabat sendiri yang bersepah berterabur ,yang menghilangkan seri landskap rancangan…?
Adakah kerana mereka-mereka ini kroni..?
MINGGU DEPAN SAYA AKAN KELUARKAN ARTIKAL BERKAITAN LANDSKAP (AKKF ) FELDA CHINI 3.
adakah ianya cantik atau sebaliknya sehingga sebuah gerai boleh memburukkan pandangan ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan