INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Mac 13, 2012

KES-KES BUNUH PERLU PENUTUP, POLIS WAJAR BERTINDAK SEGERA

Oleh: InsanPrihatin

Antara kes-kes bunuh yang mendapat perhatian ramai tidak lama dahulu adalah
  • Pembantu Menteri Sabah, Datuk Norjan Khan
  • Penjual Ikan, Anthony Chong Kim Fook
  • Eksekutif IBM, Patricia Wong BaoBao
  • Pegawai Perhubungan Pelanggan, Noritta Samsudin
  • Pelajar 14 tahun Warga China, XuJian Huang
Dan ramai lagi senarai tersebut seperti artikel The Star bertarikh 2 April 2006 di sini

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/4/3/TERKINI/Mutakhir/Siasatan_kes_bunuh_berprofil_tinggi_tidak_akan_ditutup_selama_dua_dekad&sec=mstar_berita

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/4/2/nation/13839774&sec=nation



Pada masa ituTimbalan Ketua Polis Negara Datuk Musa Hasan telah menjanjikan polis akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan kes-kes ini. Tentunya, keluarga dan sanak saudara mereka yang terlibat mengharapkan pembelaan dan penutupan kepada kes ini.Terutama kes-kes bunuh yang melibatkan dendam, cemburu dan seks adalah yang paling menyakitkan ahli keluarga seperti kes Noritta Samsudin dan Datuk Norjan Khan.

Kes bunuh Datuk Norjan Khan merupakan kes berprofil tinggi melibatkan Wanita UMNO peringkat tertinggi telah dinafikan pembelaan untuk ahli keluarganya. Sebelum pembunuhan beliau berlaku, terdapat desas-desus rombakan Wanita UMNO Sabah dilakukan oleh bekas Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Siti Zaharah untuk menghalang Dato Norjan daripada menjadi Ketua Wanita UMNO Sabah kerana tersebarnya gambar-gambar aksi memalukan dan ketakutan pemimpin semenanjung kerana perkhidmatan Datuk Norjan yang menyediakan pasangan kepada pemimpin UMNO semenanjung yang berkunjung ke Sabah. Lihat gambar dan artikel berkaitan di sini (http://newsonmalaysia.tripod.com/nation/sabah.html) dan di sini (http://www.tranungkite.net/lama/d02/rmuda137.htm).

Pada awal kes ini bertarikh 13 Februari 2004, Pesuruhjaya Polis Sabah semasa itu Datuk Illiyas Ibrahim menyatakan siasatan awal polis menunjukkan kemungkinan motif adalah cemburu dan dendam. Dalam tempoh 24 jam, Polis Sabah telah menukar kenyataan bahawa motif pembunuhan adalah rompak dan bunuh walau pun hamper semua akhbar telah menyiarkan kenyataan barangan Dato Norjan tidak hilang sebelum itu dan bilik hotel Shang-Ri la tempatnya dibunuh dalam keadaan kemas .Pemilihan Hotel Shang-Rila sebagai tempat rehat Datuk Norjan sebelum pembunuhan berlaku juga sangat menghairankan kerana tempat tersebut sangat dekat dengan rumahnya. Suspek bagi kes ini adalah bekas pelayan Azman Bakar @ Samsudin Mustamin.Semasa perbicaraan, saksi ke-22, seorang peniaga Pakistan, Amir Khan telah mengaku berjumpa mangsa di bilik tidur, diurut badan dan kemaluannya oleh PA Datuk Norjan Khan sehingga memancutkan air mani. Walau bagaimana pun, kenyataan beliau bercanggah dengan bukti DNA air mani beliau yang terdapat di dalam kemaluan Datuk Norjan Khan semasa autopsy dijalankan.

Kenyataan dan bukti yang sangat kontroversi ini telah mengundang kemarahan ahli keluarga Datuk Norjan Khan. Anak sulung beliau berusia 33 tahun ketika itu, Mohd Fazil Mohd Ali yang mewakili keluarga telah mengemukakan permohonan tujuh hari kepada Timbalan Pendakwaraya Noor bahri Baharuddin dan Mohd Azhar Hamin untuk meminta maaf dan mengemukakan bukti kukuh terdapatnya perbuatan seks di antara Datuk Norjan dan peniaga Pakistan, Amir Khan. Walau bagaimana pun, permohonan Mohd Fazil Mohd Ali ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Ian H.C. Chin.

Akhirnya, suspek utama Azman Bakar @ Samsudin Mustamin telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos 2004.Dalam penghakiman bertulis Datuk Ian H.C. Chin sebanyak 16 mukasurat, telah menyatakan bahawa kenyataan Amir Khan yang menafikan melakukan seks dengan Datuk Norjan Khan tidak boleh dipercayai. Hakim Datuk Ian juga menyatakan Datuk Norjan Khan telah merancang lebih awal untuk melakukan seks dengan Amir Khan dan ini menerangkan keinginannya terhadap seks. Datuk Ian seterusnya mengatakan “Mengaku beragama tertentu atau tergolong dalam kaum tertentu tidak secara automatic membersihkan seseorang atau menghalang melakukan kesalahan. Oleh itu tidaklah mengejutkan Datuk Norjan tidak kisah seseorang yang asing melakukan urutan terhadapnya. Ini menunjukkan peranan agama atau kaum memainkan peranan di sini.Oleh kerana untuk membentuk kes prima facie hanya mengharapkan keterangan Amir Khan yang telah diputuskan sebagai saksi tidak boleh dipercayai serta kekurangan motif bagi melakukan pembunuhan, maka saya dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh”

Sehingga kini, pembunuh sebenar masih belum diketahui walaupun gambar dan kenyataan bertulis mahkamah telah menceritakan perilaku seksual Datuk Norjan Khan kepada seluruh negara. Adalah amat malang ahli keluarga Datuk Norjan Khan masih belum mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak polis. Anak sulung Datuk Norjan Khan yang gagal menghalang mahkamah mengemukakan bukti seksual Datuk Norjan Khan, Mohd Fazil Mohd Ali yang kini bertugas di Jabatan Perdana Menteri sebagai Pengarah Seranta Felda Cawangan

Sabah pasti mengharapkan satu hari nanti pembunuh Datuk Norjan Khan dapat ditemui dan dihadapkan kemuka pengadilan.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong