Satu lagi rayuan penduduk tidak di layan oleh Felda
Keluarga Nor Aeshah binti Yunus telah menjadi mangsa penyingkirkan oleh felda kerana suaminya terlibat dengan penagihan dadah yang membawa suaminya ke pusat serenti.
Masaalah timbul apabila surat bahawa suaminya pernah di rawat di Pusat rawatan Psikiatri dan Kesihatan Mental tidak di ambil kira oleh pehak Felda.
Hari ini keluarga Nor Aeshah binti Yunus bersama anak-anaknya terpaksa menumpang dirumah sendiri di alamat 424 Felda Chini Timur 1.
Beliau tidak akan keluar sama sekali dari rumah tersebut kerana tidak ada tempat untuk berteduh dan beliau terasa telah dianiaya oleh Felda.
Tanpa ada bantuan dari felda,beliau terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di kuantan demi masa depan anak-anak mereka.
Nor Aeshah binti Yunus juga pernah meminta surat sokongan dari Ahli Perlimen Pekan tetapi pehak felda tidak pelayan dengan alasan yang tidak di ketahui..
Kini sudah 12 tahun berlalu namun surat permhonan menukar hakmilik dan rayuan yang dihantar 12 tahun dulu tidak pernah di pertimbangkan.
Hari ini Beliau bersama anak-anaknya berharap dan terus menanti agar beliau dapat diterima semula sebagai peneroka felda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan