INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, April 02, 2012

3 SEBAB INJUKSI DITOLAK

"Injuksi telah ditolak atas 3 alasan "

Pertama
mesyuarat yang diadakan pada 22 Februari hanya mengatakan bahawa satu perbincangan akan diadakan. Ia tidak mengatakan bahawa satu keputusan akan dibuat. Bukan seperti mana mesyuarat yang telah diadakan pada 5 Januari lalu. Mesyuarat pada tarikh itu (5 Jan) mengatakan KPF akan meluluskan usul untuk memindahkan ekuiti. Tapi dalam mesyuarat pada 22 Februari (22/2) hanya perbincangan saja. Jadi mahkamah kata apa isu kita nak larang, takkan kita nak larang orang berbincang, melainkan kalau agenda dia sama seperti pada 5 Januari maka kita boleh larang mereka lakukan perkara tu. But the problem is ... that is no agenda ti transfer the equities .. bermakna permohonan kita ni .. pra matang (pre-matured) .. belum ada lagi cadangan untuk lupus. Cadangan pertama dah dibatalkan, cadangan kedua ni tak ada lagi.. baru nak bincang boleh ke tak boleh. Kalau kita buat keputusan boleh, mungkin kemudian dia akan buat mesyuarat untuk dapatkan resolusi untuk lupuskan benda tu belum berlaku .. so mahkamah tak boleh buat anggapan mengatakan benda tu akan berlaku dan larang sekarang", kata peguam Harris. Sementara itu,

Kedua
Menyebabkan Hakim menolak permohonan tersebut ialah kerana penyataan bahawa perlupusan aset KPF bernilai RM3.13 bilion itu tidak disokong dengan bukti-bukti yang kukuh.
"Maksudnya sekarang ini, apa yang dikatakan itu kita perlu dapatkan laporan daripada Felda. Kita "handicap" di situ ... so tak dapat. Kalau ada pun ianya under OSA (Akta Rahsia Rasmi). Macam mana kita nak ketengahkan kalau kita ada pun. Lepas tu kalau kita ada kita akan ditangkap. Keduanya, dia (Felda) tak kan bagi... the result.. semua itu terhad, sulit dan diklasifikasikan dibawah ISA. Sedangkan report pun telah dibuat oleh Felda. So, bermakna kalau tindakan kita mahu buktikan kenyataan itu memang kita tak dapat buktikan. So bermakna sekarang ini apa yang kita buat (permohonan) kita hanya bersandrkan kepada spekulasi dan khabar angin, sebab kita tak dapat buktikan. Tapi saya tak salahkanlah dengan peneroka yang bawa kes tuu.. sebab mereka pun tak dapat.. tapi kita tahu benda tu akan berlaku. Hanya kini kita tak dapat buktikan apa yang akan berlaku", kata beliau.

Ketiga
Menyebabkan hakim menolak permohanan tersebut ialah hakim berpendapat bahawa mahkamah bukanlah forum yang betul untuk memutuskan isu tersebut. "Di bawah Seksyen 82-2 Akta Koperasi mengatakan bahawa kalau ada perjalanan mesyuarat atau pun perniagaan yang tidak betul dalam mana-mana koperasi maka Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang ada kuasa. SKM jer berkuasa bukan mahkamah. Lagi sau dibawah Seksyen 47 Undang-Undang Kecil Persatuan mengatakan bawahan Lembaga Pengarah kalau dia tersilap langkah atau merugikan dia punya ahli maka dia harus bertanggungjawab tanpa sebarang liabiliti. Bermakna kalau apa-apa berlaku kepada peneroka, kita "attack" Lembaga Pengarah.. kemudian bukan sekarang. So itulah alasan-alasan yang telah diberikan oleh hakim untuk menolak permohonan. Apa yang kita akan buat selepas ini, kita akan bagi tahu kemudian. Kita akan berbincang dulu sebab taks empat nak bincang. Sama ada kami akan merayu keputusan ke Mahkamah Rayuan atau pun kami akan "stop" di sini, akan diputuskan kemudianlah", tambah Harris lagi dalam sidang medianya selepas perbicaraan tersebut

http://pahangdaily.blogspot.com/2012/04/mahkamah-hakim-tolak-permohonan-lapan.html

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong