

[TERKINI] BANDA ACEH - Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) berkata gempa bumi kuat di utara Aceh telah mencetuskan tsunami tetapi impaknya masih belum jelas.
Agensi itu telah menasihatkan pihak berkuasa di rantau Lautan Hindi supaya mengambil tindakan sewajarnya.
Kawasan Aceh seringkali dilanda gempa bumi. Gegaran paling buruk, yang berlaku pada Disember 2004, telah meragut 170,000 nyawa di Aceh.
Seorang pegawai dipetik Reuters berkata setakat dua jam selepas gempa bumi, tsunamai 17 sentimeter (6.7 inci) sudah mula dikesan dan sedang menuju ke arah perairan Aceh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan