KUANTAN, 2 April - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menolak keputusan injunksi yang dipohon oleh lapan peneroka Felda di Pahang bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Peguam Mohd Haris Abdullah (foto) yang mewakili kumpulan peneroka itu, ketika ditemui pemberita berkata Hakim Dato' Mariana Yahya membuat keputusan itu setelah meneiliti hujjah daripada kedua-dua belah pihak. "Injuksi telah ditolak atas beberapa alasan iaitu pertamanya; mesyuarat yang diadakan pada 22 Februari hanya mengatakan bahawa satu perbincangan akan diadakan. Ia tidak mengatakan bahawa satu keputusan akan dibuat. Bukan seperti mana mesyuarat yang telah diadakan pada 5 Januari lalu. Mesyuarat pada tarikh itu (5 Jan) mengatakan KPF akan meluluskan usul untuk memindahkan ekuiti. Tapi dalam mesyuarat pada 22 Februari (22/2) hanya perbincangan saja. Jadi mahkamah kata apa isu kita nak larang, takkan kita nak larang orang berbincang, melainkan kalau agenda dia sama seperti pada 5 Januari maka kita boleh larang mereka lakukan perkara tu. But the problem is ... that is no agenda ti transfer the equities .. bermakna permohonan kita ni .. pra matang (pre-matured) .. belum ada lagi cadangan untuk lupus. Cadangan pertama dah dibatalkan, cadangan kedua ni tak ada lagi.. baru nak bincang boleh ke tak boleh. Kalau kita buat keputusan boleh, mungkin kemudian dia akan buat mesyuarat untuk dapatkan resolusi untuk lupuskan benda tu belum berlaku .. so mahkamah tak boleh buat anggapan mengatakan benda tu akan berlaku dan larang sekarang", kata peguam Harris.
http://www.pahangdaily.blogspot.com/2012/04/mahkamah-hakim-tolak-permohonan-lapan.html
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan