INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Selasa, April 24, 2012

Yahudi bakal kuasai 20% saham FGVH?


KUALA LUMPUR- Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakub mendakwa sebuah syarikat milik Yahudi, Bunge Limited antara yang bakal menjadi 'rakan kongsi strategik' kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menurutnya, Bunge Limited bakal memiliki saham sebesar 20 peratus di dalam syarikat tersenarai FGVHB di mana usahasama antara FGVHB dan Bunge Limited telah dimetrai pada bulan Disember 2011.

"Bunge Limted adalah syarikat milik orang Yahudi di mana matlamatnya ialah ia mahu menguasai dan memonopoli," katanya ketika berucap membentangkan kertas kerja di Konvensyen Halatuju Felda di Shah Alam Ahad lalu.

Tambahnya lagi, Bunge Limited adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia yang menjalankan perniagaan 'agrobusiness' dan makanan.

Kakitangan syarikat itu kata Rosli berjumlah 32 ribu orang di lebih dari 30 buah negara dan ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat 'food cartel' dunia.

"Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit.

"Apabila ianya kelak menjadi rakan kongsi strategik kepada FGVHB maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia," sambungnya lagi.

Di Argentina, Bunge Limited telah berjaya membolot 'tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains, malah mereka juga telah berjaya menguasai ekonomi Argentina.

"Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan generasi mereka akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan.

"Mahukah dan bersediakah peneroka Felda untuk berkongsi tanah dan kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi," soal beliau lagi.

-harakahdaily


Sejarah Syarikat BUNGE LIMITED:
http://en.wikipedia.org/wiki/Bunge_Limited

Bursa Saham New York pada 4 Ogos, 2011, apabila Bunge menyambut ulang tahun ke-10 yang disenaraikan di bursa.

Sebuah syarikat global dengan akar Eropah yang berusia diasaskan di Amsterdam pada tahun 1818. Pendatang Eropah yang tiba di Argentina pada abad ke 19 yang lewat mengambil kesempatan daripada wheatlands yang baru diwujudkan. Bunge diasaskan pada tahun 1815 dan telah dikendalikan oleh dua keluarga Yahudi: Hirsch dan Born. Keluarga Born telah memeluk Katolikisme.

Apabila Ketua Pegawai Eksekutif Alfred Hirsch meninggal dunia, beliau telah diikuti oleh Jorge Born mengikut dasar Bunge. Kedua-dua keluarga bergabung untuk memainkan peranan yang besar dalam perniagaan bijian dan benih minyak, yang pada mulanya di Argentina dan kemudian di seluruh dunia. Keluarga memiliki mengembangkan perniagaan mereka ke dalam industri di Argentina dan Brazil, termasuk tekstil, cat, bahan kimia, baja, perbankan dan insurans. Sepanjang abad awal dan pertengahan 20 mereka terus berjaya.

Sementara itu, Jorge Born yang merupakan anti-Semitik mula secara tidak langsung meletakkan semua orang Yahudi di syarikat itu. Ini bermula di Argentina semasa rejim jeneral dalam 70-an dan Kerja yang telah siap di jabatan-jabatan New York, Paris dan London beberapa tahun kemudian
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong