INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Mei 24, 2012

Bank 'langgar etika', peneroka adu ke Bank Negara


KUALA LUMPUR: Dua bank terlibat menawarkan pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Berhad (FGVH) kepada peneroka bersetuju untuk menarik balik borang yang diedarkan dan ditandatangani peneroka.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, dua bank tersebut iaitu CIMB dan Am Bank akan berbuat demikian ekoran permohonan injunksi yang dibuat 125 peneroka gugusan Bera dan Raja Alias, Seremban berhubung perkara itu.

"CIMB telah hantar surat kepada peguam kita untuk tarik balik borang tersebut dan AM Bank juga akan berbuat demikian," kata beliau ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum berhubung pelanggaran etika perbankan di bank Negara, hari ini.

Mazlan juga berkata, tindakan dua bank tersebut membuktikan bantahan yang dibuat peneroka berhubung borang pinjaman tersebut sebelum ini adalah relevan.

Sebelum itu, Mazlan atas nama Gerakan Selamatkan Felda (GSF) ditemani penasihat ekonomi, Dr. Rosli Yaakop menyerahkan memorandum kepada Bank Negara mendesak badan itu mengambil tindakan ke atas tujuh bank yang didakwa melanggar etika perbankan.

Tujuh bank tersebut ialah Maybank Berhad, CIMB Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Muamalat Berhad, Affin Bank Berhad, Am bank Berhad dan OCBC Bank Berhad.

Serahan memorandum ini rentetan aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Sekuriti pada 10 Mei lalu.

Mazlan menyatakan terdapat lima pelangaran etika yang dilakukan oleh bank terbabit antaranya dokumen perjanjian dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris, kecuali Maybank yang tidak difahami peneroka.

Majoriti peneroka juga kata Mazlan, menandatangani dokumen tanpa memahami isi kandungannya.

Selain itu, pegawai bank didakwa tidak hadir semasa peneroka menandatangani dokumen perjanjian dan terdapat manipulasi, pujukan dan paksaan secara halus supaya peneroka menurunkan tandatangan.

"GSF mengesyaki pengurusan Felda dan bank-bank terbabit sepakat mengelirukan peneroka.

"Mereka tidka menjelaskan kepada peneroka syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dalam dokumen dan risiko-risiko yang bakal dihadapi," katanya.

Sementara itu, Dr. Rosli berkata, adalah menjadi kesalahan bagi bank mengeluarkan pinjaman kepada peminjam yang berumur 65 tahun ke atas.

"Kebanyakan yang menandatangani borang tersebut berumur 65 tahun ke atas. Itu satu kesalahan bagi bank," katanya yang juga bekas pegawai Bank Negara.

Hasil pertemuan hari ini, pihak Jabatan Informasi dan Pelanggan Bank Negara berjanji akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Peremuan hari ini positif dan Bank Negara menganggap perkara ini sebagai serius apabila mereka meminta banyak maklumat dariapada kami, kata Mazlan.

Sediakan khidmat guaman

Menurut Mazlan juga, pihaknya menyediakan khidmat guaman kepada peneroka yang ingin membuat aduan berhubung dokumen yang ditandatangani.

"Ramai di kalangan peneroka yang sedar mengenai perkara ini dan ingin menarik balik tandatangan mereka.

"Oleh itu, kita sediakan peguam dan mereka boleh bertemu peguam untuk membuat aduan.

"Kita akan menggerakkan kempen besar-besaran," katanya.

Lebih 80 peratus peneroka di seluruh negara menandatangani borang tersebut dan khuatir berdepan dengan risiko bankrap sekiranya gagal membayar pinjaman sekiranya berlaku kejatuhan saham FGVH.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Rojak berkata...

Yessss!!!! buktikan BN mampu bayar baki lagi RM10 000 tanpa menipu peneroka.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong