27 Mei 2012
PUTRAJAYA - Himpunan Jutaan Belia 2012, yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara menutup tirainya hari ini dengan mencipta rekod tersendiri iaitu kehadiran dua juta belia sepanjang karnival lima hari ini.Ini secara tidak langsung membuktikan usaha kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan untuk mendekati belia di negara ini berada di landasan yang tepat.
Bertemakan “Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok”, 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan pusat pentadbiran negara seolah-olah ditawan oleh golongan muda.
Kemuncak sambutan Hari Belia Negara tahun ini ialah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengunjungi ke tapak-tapak karnival dan beramah mesra dengan belia, semalam.
Najib dan Rosmah serta Menteri-Menteri Kabinet menggunakan peluang yang ada untuk bersama-sama golongan muda dan selama kira-kira satu setengah jam mereka mengunjungi ke tapak-tapak gerai seperti My Kampung Art, Little India Street,
Kehadiran Perdana Menteri dan isteri di tapak karnival disambut ribuan belia dengan memakai baju-T berwarna-warni dengan perkataan “I Love PM” dalam pelbagai warna sebagai tanda sokongan dan hormat kepada pemimpin nombor satu negara.
Selain sorakan, tepukan, dan paluan gendang, sepanduk dan kain rentang seperti “We Stand Behind You, PM!”, Terima Kasih PM dan “N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia” terpampang sepanjang Dataran Persiaran di sini.
Penganjuran Himpunan Jutaan Belia ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan duta-duta besar dan pesuruhjaya tinggi asing di
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpuas hati dengan sambutan Hari Belia Negara tahun ini dan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet agar penganjuran Himpunan Jutaan Belia terus diadakan di Putrajaya, yang merupakan bandar mesra belia, pada tahun-tahun akan datang.
“Penghimpunan kali ini jauh lebih meriah dan unik cara sambutannya. Himpunan kali ini adalah karnival terbesar negara dengan pelbagai kreativiti golongan muda.
“Kita percaya penganjuran karnival ini akan membangkitkan semangat golongan muda dan cinta pada Putrajaya sekaligus meneruskan kejayaan negara yang ada sekarang,” kata Ahmad Shabery, merumuskan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012
Karnival yang diyakini bakal menjadi 10 karnival terbesar di dunia itu turut dilihat dapat merapatkan jurang antara pemimpin negara pada masa ini dengan golongan pemimpin negara pada masa akan datang.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein misalnya, sanggup duduk bersila bersama-sama golongan muda semasa merasmikan Y-Avenue, salah satu program pada sambutan itu.
Meskipun Himpunan Jutaan Belia tahun ini ‘tercemar’ apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 di sini tengah malam tadi, Ahmad Shabery berharap kejadian itu tidak dipolitikkan.
Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas semasa sesi ujian sebelum melanggar penonton
yang berada di luar kawasan dibenarkan.
Mangsa yang kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut dan polis sedang menjalani siasatan.
Ahmad Shabery berkata kemalangan itu tidak harus menenggelamkan semangat para belia untuk bersukan, bergiat dan melibatkan diri dalam aktiviti sihat. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan