INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Mei 19, 2012

KETUA KAMPONG AKAN DI SAMAN ?

Akibat ghairah dan terpesona dengan ucapan biadab Perdana Menteri yang melabelkan pembangkang dan peneroka Felda yang menentang Felda Global Ventures sebagai 'haram jadah' seorang Pengerusi JKKR di Jengka bakal berhadapan saman fitnah akibat melemparkan tuduhan palsu dan memburuk burukkan lima daripada lapan peneroka yang sebelum ini telah mendapatkan injunksi bagi menghalang KPF melupuskan ekuitinya ke dalam Felda Global Ventures.

Harian Metro semalam menyiarkan berita bertajuk 'Lima Sekawan Tak Muncul' mendedahkan kononnya lima peneroka daripada Jengka 15 yang terlibat dalam saman sebelum ini tidak hadir ke majlis penyerahan cek durian runtuh kerana menganggap ianya duit haram.

Berita tersebut turut memetik kenyataan Pengerusi JKKR Jengka 15,Adnan Darus yang mendakwa kelima lima peneroka terbabit angkuh dan sombong.Mereka juga dakwa beliau mungkin malu untuk hadir ke majlis tersebut.

Pengerusi JKKR tersebut turut menuduh peneroka berkenaan tidak mempunyai prinsip dan mudah ter makan hasutan pembangkang.

Adnan dilaporkan berkata,selepas kes tersebut dibawa ke mahkamah peneroka terbabit mengasingkan diri dan tidak mahu bergaul dengan peneroka lain.

Mengulas tuduhan tersebut,Abdul Rahim Abdul Rahman yang mewakili peneroka peneroka berkenaan menyelar tohmahan jahat yang dikeluarkan Pengerusi JKKR tersebut.

Katanya beliau dan rakan rakan yang memfail saman tidak pernah menyifatkan durian runtuh sebagai duit haram sebaliknya duit itu adalah hak peneroka yang mesti diambil.Saman yang difail juga tidak berkait dengan durian runtuh

Sebaliknya jelas beliau,ke semua lapan orang yang memfailkan saman terdiri dari ahli ahli KPF yang tidak mahu ekuiti KPF dipindahkan kepada Felda Global Ventures.Tambah beliau lagi pihaknya berhak memfailkan injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti tersebut kerana di kalangan mereka mempunyai syer yang besar hingga ada yang mencecah RM 250 ribu di dalam KPF.

Abdul Rahim yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kebangkitan Peneroka(BANGKIT) Negeri Pahang turut membidas Pengerusi JKKR yang juga Ketua Umno Cawangan Jengka 15 yang mereka reka cerita dengan membuat tohmahan kononnya mereka tidak bergaul dengan masyarakat.

"Masyarakat di sini kenal saya dan rakan rakan,kami sentiasa bersama masyarakat dalam aktiviti di masjid,urusan kematian,kenduri kendara dan sebagainya lagi"tambah beliau.

Abdul Rahim turut memberi amaran keras kepada semua pihak yang melemparkan tohmahan kepada beliau dan rakan rakannya agar bersedia menghadapi tindakan undang undang yang bakal diambil oleh pihaknya dalam masa terdekat akibat keceluparan mereka.

Beliau telahpun mengarahkan Peguam Mohd Haris Abdullah untuk mengkaji tindakan undang undang yang bakal diambil.

Sementara itu akhbat Utusan Malaysia hari ini turut menyiarkan pada muka hadapannya gambar dua orang peneroka yang terlibat dalam saman tersebut sedang mengambil cek durian runtuh yang disampaikan oleh Pengurus Felda .Dalam laporannya Utusan turut melemparkan berbagai tohmahan kepada peneroka terbabit.

Kedua dua peneroka terbabit turut menyerahkan kepada pihak peguam untuk mengambil tindakan undang undang

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong