2-3 minggu kebelakangan ini saya hampir setiap hari saya dihubungi oleh para peneroka FELDA bertanyakan nasihat tentang borang-borang yang mereka diminta tandatangan oleh pihak FELDA.Saya hanya mampu menjawab memandangkan saya tidak punya salinan borang,samaada borang CIMB/MBB ataupun FELDA,maka in all fairness saya tidak dapat memberikan suatu nasihat yang sempurna dan tuntas.
Manakala hari Jumaat minggu lalu,kebetulan saudara saya yang juga seorang peneroka datang sendiri ke pejabat saya membawa bersama salinan fotokopi dokumen loan application-initial public offer (IPO) CIMB.Dokumen berkenaan didalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.Saya berkesempatan mentelaah dokumen tersebut.
Berdasarkan dokumen tesebut adalah jelas tanah peneroka-ladang dan tapak rumah-tidak dijadikan sekuriti atau sandaran atau collateral kepada pinjaman CIMB bagi membeli saham-saham yang akan diterbitkan itu.Yang menjadi sandaran/cagaran ialah sijil-sijil syer saham itu sendiri.Isu ini adalah jelas berdasarkan kepada dokumen CIMB tersebut.
Pun begitu saya suka menarik perhatian kepada bahagian Product Disclosure Sheet yang dikepilkan bersama dokumen CIMB khususnya parenggan 7 yang saya turunkan sepenuhnya:
What are the major risks?
Difficulty in assessing the potential market price upon the company listin on
Account may trigger margin call in view of fluctuates in share price and uncertain market condition.
Ertinya CIMB sendiri telah memberikan cautions bahawa terdapat risiko yang besar kerana kesukaran bagi menilai keadaan pasaran saham!
Dibahagian bawah lampiran berkenaan,CIMB memberikan amaran IMPORTANT NOTE:FORCE-SELLING MAY BE TAKEN AGAINST YOUR COLLATERAL IF YOU DO NOT TOP-UP WITHIN STIPULATED TIMEFRAME ON YOUR IPO FINANCING.Amaran ini bagi mengingatkan peneroka bahawa sijil saham yang disandarkan kepada CIMB akan dijual sekiranya peneroka tidak 'top-up' bayaran balik didalam keadaan pasaran saham merudum.Didalam keadaan ini-kegagalan untuk menambah bayaran atau didalam keadaan sijil saham dijual paksa oleh bank,sebarang kekurangan (shortfall) akan ditanggung oleh pelabur dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap peneroka.
Saya ingin menarik perhatian sekiranya pihak bank memperolehi penghakiman maka peminjam/pelabur tidak mempunyai alasan lagi untuk mengelak dari membayar hutang berdasarkan penghakiman mahkamah.Didalam keadaan peminjam/pelabur enggan atau tidak mahu membayar,undang-undang membenarkan prosiding penguatkuasaan penghakiman diambil terhadap peminjam/pelabur.
Antara tindakan penguatkuasaan penghakiman yang boleh diambil ialah seperti berikut:-
1.Kebankrapan-untuk amaun hutang yang melebihi RM30k boleh diistiharkan muflis;
2.Writ Penyitaan & Jualan-rumah atau premis disita oleh mahkamah dan barang-barang boleh alih akan dilelong;
3.Saman Penghutang Kehakiman-defendan akan disaman ke mahkamah dan diperiksa kemampuan beliau bayar hutang;
4.Garnismen-wang defendan didalam akaun bank lain (selain bank pembiaya) akan diambil oleh Plaintif;dan
5.Perintah Larangan (Prohibotary Order)-harta tak alih ie.tanah/bangunan milik defendan/pelabur boleh dilelong oleh mahkamah walaupun tanah tersebut tidak menjadi sandaran/cagaran kepada bank.
Jadinya,sungguh pun pinjaman pembiayaan beli syer IPO hanya bercagarkan kepada skrip saham/syer namun masih terdapat risiko atau kemungkinan hartanah akan dilelong oleh bank jka sekiranya bank mahu menguatkuasakan penghakiman melalui kaedah Perintah Larangan.Dalam konteks peneroka FELDA,harus dilihat dari peruntukkan GSA iaitu kedua-dua bidang tanah-ladang & rumah-perlu dilelong bersekali.
Kesimpulan:seperti mana-mana pelaburan tentunya ujud risiko yang besar.Sementara memang pinjaman pembelian syer tidak dicagarkan hartanah pelabur/peminjam namun undang-undang membenarkan sebagai salah satu cara bank mendapat wang mereka kembali untuk melelong hartanah.
*Pandangan ini murni dari sudut undang-undang dan tidak terhad kepada isu penyeneraian FGVH per se malah terpakai kepada semua keadaan.Saya juga tidak bermaksud untuk mempengaruhi bakal pelabur-dalam konteks ini peneroka FELDA-untuk membuat keputusan samaada untuk melabur atau sebaliknya.Itu terserah kepada individu kerana tugas saya sekadar menjelaskan risiko.sekian terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan