Saya terpanggil untuk mengajak baki peneroka yang ada , anak anak
dan generasi terdiri dari menantu,cucu dan cicit peneroka felda Sungai
Buaya supaya kita bersatu dalam suatu suara rasa tidak kepuasan akibat di zalimi
olih Kerajaan yang kita sokong selama ini .
Kita menolih kembali pada tahun 1994 di mana bermulanya
tanah tanah kebun di ambil untuk di laksanakan suatu pembangunan.Atas dasar
telah di janjikan pampasan atas tanah
yang di ambil maka kesemua peneroka yang berjumlah seramai 363 orang menyerah
kan tanah tersebut.Walau menyedari betapa susah nya mereka untuk mendapatkan
tanah.Mula mula masuk pendapatan bulanan sebanyak RM69.90 sebulan dengan
bilangan ramai anak yang di perlu di tanggung untuk di besarkan.Terpaksa
bekerja di luar untuk mendapatkan
pendapatan tambahan.Ini termasuk isteri dan anak anak bagi meringankan
perbelanjaan dapor dan persekolahan.
Kini telah 18 tahun berlalu nasib peneroka dan generasi nya
berkeadaan begitu dulu kini dan selamanya walaupun hampir kesemua peneroka
menunjukkan taat setia kepada Kerajaan Dulu Kini Selamanya.Tetapi nampak nya sokongan
yang kita beri tidak memberi apa apa impak kepada pembelaan nasib peneroka dan
generasinya.Malah apabila persoalan di tanya kepada YB masih berdolak dalik
dalam memberi jawapan.
Saya telah menulis dalam twitter YB P.Kamalanathan sebagai
ADUN Hulu Selangor bertanya masaalah tersebut,jawapan yang dibeti begitu
menghampakan dangan jawapan "itu kena tanya MB sekarang".Ini jawapan
super spontan.Beliau kena memahami masaalah ini berlarutan dari pemerintahan
Mat Taib sehingga Khir Toyo.Pada PRU12 kawasan ini di menangi olih PKR tapi
untuk tempoh pemerintahan yg singkat.Pada PRK lalu di menangi olih BN parti
pemerintah tapi tiada juga ada usaha penyelesaian.Kesilapan kita kerana
terbeliak mata apabila di berikan RM50,000.00 mudah benar termakan sogokan.
Perkara ini bolih di selesaikan olih Kerajaan kalau pemimpin
itu tidak mempunyai sikap mementing diri dan mengutamakan poket
sendiri.Kebanyakan nya pemimpin begitulah mengharapkan undi semata kerana
agenda tersembunyi 2+1.Kalau pemimpin itu bijak dana yang perlu untuk
menyelesaikan masaalah ini ialah tak banyak hanya lebih kurang RM240juta.Adakah
itu jumlah yang banyak bagi Kerajaan yang ada sekarang,gah dengan bermacam
kata-"tradisi membela rakyat,rakyat di dahulukan pencapaian di
utamakan".Ungkapan tranformasi dengan maksud berubah kedepan.Tapi peneroka
Sg. Buaya berubah kebelakangan.Dari ada tanah dah tak ada tanah.Dari pendapatan
sekitar RM800-RM900 sebulan kita berubah RM0.00 sebulan lebih teruk pendapatan
semasa mula masuk peneroka iaitu RM69.90.
Kita sama renungkan :
1.Berapa banyak Kerajaan belanja untuk bantuan persekolahan.
2.Berapa banyak Kerajaan belanja untuk BR1M
3.Berapa banyak kerajaan menghanguskan duit untuk pelupusan
hutang Tajudin Ramli? RM523juta
4.Berapa banyak Kerajaan salurkan kepada NFC yang tidak
memberi apa keuntungan kepada negara? RM250 juta.
5.Berapa banyak Kerajaan bayar untuk perbelanjaan durian
runtuh kepada semua peneroka?
6.Berapa banyak Kerajaan berbelanja membayar wang pemberian
kepada bekas anggota keselamatan berkhidmat masa darurat?RM3000.00 saorang.
Jadi saya menyarankan kepada semua generasi peneroka dan
baki peneroka yang masih hidup maka kita perlu mengubah.Kita perlu ada semangat
yang jitu tidak sesenangnya untuk di gula gula kan sebagaimana pada Pilihan
Raya Kecil lalu RM50,000.00.Kita mesti ada maruah.Jangan jadikan Menang sorak
,kampong ,bangsa dan maruah tergadai .Akhir nya hidup kita dalam keadaan lebih
hina dari pendatang asing.
Anak peneroka peringkat 1 felda Sungai Buaya.
2 ulasan:
Alhamdulillah. . .Blog yg sgt menarik.!!!!! Saya setuju apa yang tuan nyatakan. . Dh bermacam dilakukan/dcadangkn namun xde perubahan. .saya pasti akan berlaku perubahan bile semua bersama-sama dlm usaha mengembalikan hak PENEROKA ASAL terutamanya!!!!!!!!!. . .pada saya, kpd warga emas bekas peneroka yang masih ada ini dberikan keutamaan terlebih dahulu. . Selagi HAYAT DIKANDUNG BADAN. . .
walaupun saya bukan penduduk asal sungai buaya..saya juga mengambil berat tentang hal ini.saya harap penduduk sungai buaya pandai memilih yang antara yang palsu dan tulen pada pru terdekat ni,insyAllah..
Catat Ulasan