INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Jun 08, 2012

PASUKAN KHAS UNTUK MENYERANG PR




Felda akan melaksanakan transformasi secara menyeluruh yang melibatkan warga kerja, peneroka dan keluarga selaras dengan program-program transformasi nasional yang diperkenalkan kerajaan.

Untuk itu, Felda akan memberi pengkhususan terhadap pembangunan perniagaan dan sosioekonomi serta penyediaan Rangka Tindakan Inovasi dan Transformasi yang akan merangka hala tuju Felda sehingga 2020.

"Peranan kerajaan dalam perniagaan memfokuskan bahawa Felda harus berubah. Kita ada sayap perniagaan, jadi kita tidak ada masa untuk melihat peneroka kalau kita sibuk nak berniaga.


"Sebab itu kerajaan perlu lihat pembangunan sosioekonomi peneroka iaitu di Lembaga Felda dan Felda Global Ventures Holdings (FGV) untuk melihat aktiviti perniagaan," kata Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda Faizoull Ahmad dalam temu bual eksklusif dengan Bernama hari ini.

Beliau berkata rangka tindakan yang telah dirancang sejak 2010 itu menjelaskan lebih lanjut program-program yang akan dijalankan demi mencapai matlamat Felda menjadi sebuah tempat menjana ekonomi bagi kawasan luar bandar dalam tempoh lapan tahun akan datang.

Program itu juga memfokus kepada mewujudkan infrastruktur yang baik di tanah-tanah rancangan Felda bagi menarik minat penduduk terutama yang berpotensi untuk menjadi modal insan yang cemerlang untuk kekal menetap di situ serta membantu memajukan kawasan berkenaan.
Bagi mendidik masyarakat Felda mengenai transformasi yang dijalankan itu, Faizoull berkata penekanan utama diberikan kepada aspek pendidikan
"Ia memerlukan satu tahap pendidikan untuk memahami transformasi ini. Kita kena didik anak-anak muda melalui sekolah. 


"Kita bincang dengan Kementerian Pelajaran dan universiti supaya ada satu subjek yang mengajar tentang pengurusan, gaya hidup di tanah rancangan dan mengajar anak-anak muda Felda menjadi satu pasukan yang bersatu padu," katanya.



Selain itu, penutur asli juga dibawa dari luar untuk mengajar bahasa Inggeris kepada murid di sekolah kawasan rancangan Felda.



"Setiap tahun, kita juga membelanjakan kira-kira RM100 juta bagi pembangunan infrastruktur untuk buka minda peneroka bahawa tidak semestinya berhijrah ke bandar untuk dapat kehidupan yang selesa.



"Kita juga mahu bina minda petugas supaya Felda tak jadi organisasi tertutup. Kita tak boleh buat Felda macam hak milik sendiri tapi sebenarnya hak negara. Nanti tak membangunlah, sebab kita tak mahu orang lain beri idea baru dan buat perubahan," katanya.


Faizoull berkata walaupun kejayaan Felda membasmi kemiskinan boleh dibanggakan, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk terus bergerak maju ke hadapan dan mengajar generasi baru tentang Felda yang sebenarnya.

Menurutnya sebuah projek perintis telah dijalankan di Felda Tenggaroh di Mersing, Johor sejak enam bulan lepas bagi melihat keberkesanan rangka tindakan yang dirancang itu, yang merangkumi aktiviti seperti pertanian, pelancongan dan keusahawanan.

Ditanya mengenai strategi Felda menangani penyebaran maklumat negatif mengenai Felda oleh pembangkang, Faizoull berkata Felda telah mewujudkan sebuah pasukan khas yang anggotanya terdiri daripada pelbagai latar belakang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat.

Pasukan itu bertanggungjawab menyiarkan maklumat menyeluruh mengenai tanah-tanah rancangan Felda serta menjawab isu-isu yang dikemukakan secara berhemah dan telus, katanya.

"Tapi (pembaharuan) tak boleh jadi dalam sekelip mata. Apa yang penting kita perlu tangani isu-isu dalam Felda itu sendiri terlebih dahulu sebab kita tahu bukan semua boleh terima pembaharuan dengan mudah," katanya.

- Bernama

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong