INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Jumaat, Jun 22, 2012

KITA TOLAK FGV DAN KPF DARI DISENARAIKAN (ULANG BICARA)


Dari blog Dios
FGV tidak mempunyai aset atau dana yang mencukupi untuk disenaraikan.
Untuk mengatasi masalah aset dan dana, felda global ventures(FGV) bercadang untuk FELDA HOLDING BERHAD(FHB) memberikan pajakan 99 tahun keatas tanah seluas 360,067 hektar milik FHB kepada FGV. Dan FGV hanya membayar sebanyak RM 251 juta setahun sebagai harga pajakan. FGV juga hanya akan membayar 15% sahaja daripada keuntungan operasi pertaniannya. Pajakan ini adalah keatas tanah dimana FHb diberi  hakmilik (Koperasi Permodalan felda (KPF) memegang ekuiti 51% daripada saham FHB).

Selain  daripada tanah yang dinyatakan di atas FGV juga akan mengambil alih tanah tanah FHB yang belum diberi milik atau sudah diberi milik oleh kerajaan negeri.

Tanah tanah tersebut sebelum ini telah dimajukan dengan menggunakan dana daripada KPF.

FGV juga bercadang untuk mengambil alih kesemua ekuiti milik KPF dalam FHB dan sepuluh anak syarikat FHB yang terdiri daripada:

i)                    Felda Palm Industries Sdn Bhd.
ii)                   Felda Agriculture Services Sdn Bhd.
iii)                 Felda Vegetable Oil Product Sdn Bhd.
iv)                 Felda Marketing Sdn Bhd.
v)                  Felda Rubber Industries Sdn Bhd.
vi)                 Felda Transport Services Sdn Bhd.
vii)               Felda Kernel Products Sdn Bhd.
viii)              Felda Prodata Sdn Bhd.
ix)                 Felda Engineering Services Sdn Bhd.
x)                  Felda Security Services Sdn Bhd.

Selain Anak syarikat FHB, KPF juga mempunyi pelaburan dalam anak-anak syarikat FHB yangbakal diambil alih oleh FGV.
i)                    Felda Holding Sdn Bhd                                   RM200,000,000.00
ii)                   Felda Palm Industries Sdn Bhd                   RM202,000,000.00
iii)                 Felda Marketing Sdn Bhd.                            RM   17,000,000.00
iv)                 Felda Rubber Industries Sdn Bhd.             RM   42,000,000.00
v)                  Felda Transport Services Sdn Bhd             RM   30,000,000.00
vi)                 Felda Kernel Products Sdn Bhd.                 RM   24,000,000.00
vii)               Felda Engineering Services Sdn Bhd         RM   10,000,000.00
viii)              Felda Trading Sdn Bhd                                   RM   30,000,000.00
ix)                 Sutrajaya Shipping Sdn Bhd.                        RM100,000,000.00

KPF juga ada melabur didalam syarikat syarikat di luar Negara yang bukan anak syarikat FELDA yang bakal dilupuskan ekuitinya kepada FGV.
Dianggarkan keseluruhan ekuiti KPF yang bakal dilupuskan kepada FGV adalah sebanyak 3.13 Billion.
Maka FGV akan kelihatan unggul dan berupaya untuk disenaraikan didalam BSKL.
Sebagai Balasan  kepada pelupusan ekuiti milik KPF  dalam FHB dan 10 anak syarikat milik FHB kepada FGV, KPF akan diberikan ekuiti sebanyak 57.8% dalamFGV tanpa sebarang bayaran tunai.
Akibat daripada peralihan ekuiti seperti yang dinyatakan diatas, 28 anak syarikat milik FHB terpaksa disusun semula. Felda Plantation Sdn Bhd dan Felda Palm Industries Sdn Bhd Terpaksa Bergabung.
Felda Merketing Services Sdn Bhd, Felda Securities Sdn Bhd, FSS dan Felda Prodata Sdn Bhd runtuh dan 8 lagi anak syarikat terpaksa diarah semula (divest) Kepada Felda Plantations Sdn Bhd. Atau kepada KPF atau kepada pihak ketiga.
EGM KPF

Satu Mesyuarat Agung Perwakilan Khas pada 5/1/2012  lepas yang Berjaya dihalangadalah bertujuan untuk membincangkan 3 perkara.
a)      Cadangan untuk lupus ekuiti milik KPF dan FHB serta 10 anak syarikat milik FHB kepada FGV
b)      Cadangan pelaburan KPF dalam FGV Semasa peringkat Pra-Penyenaraian.
c)       Cadangan melupuskan sebahagian ekuiti KPF dalam FGV pada tahun 2012 melalui proses penyenaraian dan penjualan ekuiti kepada pelabur.
Ini bermakna, pemberian ekuiti sebanyak 57.8% kepada KPF hanyalah satu helahuntuk mengaburi ahli KPF yang kurang peka, kerana terdapat cadangan untuk melupuskan ekuiti tersebut kepada pelabur sebaik sahaja FGV disenaraikan. Dalam arti kata lain, KPF akan kehilangan ekuiti bernilai RM3.13 billion dalam FGV sebaik sahaja penyenaraian dilaksanakan.
Mesyuarat Agung Perwakilan Khas ini juga tidak memenuhi kehendak Undang- Undang kecil KPF dan peruntukan Akta Koperasi, 1993.
Kesannya kepada ahli KPF adalah segala pelaburan dan kepentingan ahli didalam KPF akan terhapus.
Adalah tindakan kurang bijak apabila ekuiti 3.13 Billion daripada 11 entiti berbeza dilonggokkan dalam satu entiti sahaja dan diapungkan di pasaran terbuka.



Untuk Melaksanakan Kerja Kerja tidak bijak diatas.

FGV telah melakukan beberapa tindakan yang penuh kontrolversi  apabila Setiausaha sulit Perdana Menteri  telah memaklumkan kepada Isa Samad bahawa PM telah bersetuju untuk melantik Isa sebagai Pengerusi KPF.
Bersandarkan kepada keputusan PM Najib, Isa samad pada 25/8/2011 telah melantik diri beliau sendiri untuk menggantikan Datuk Dzulkefli bin Abd Wahab yang pada ketika itu sedang mengerjakan Umrah.
Kemudaiannya Isa Samad telah memohon kepada Perdana Menteri agar Dato, Dzul diberi cuti antara 6 hingga 9 bulan untuk menjalani kursus Advance Management bermula daripada November, 2011 dan permohonan tersebut diluluskan.
Seterusnya bagi melicinkan kerja kerja kurang bijak ini , Timbalan Pengarah FELDA yang juga Setiausaha KPF juga telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awamwalaupun bakal bersara cume beberapa bulan saja lagi .
Dijangkakan lebih 20 org kakitangan FELDA bakal menerima nasib yang sama tidak lama lagi .
Tindakan ini bertujuan untuk menghapuskan pengurusan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian ini dan digantikan dengan pegawai – pegawai kaki ampu dan sanggup dicucuk hidung bagi menyokong pelaksanaan penyenaraian ini .

FELDA merupakan satu satunya syarikat yang dipunyai  sepenuhnya oleh Bumiputera,
Jika penyenaraian ini Berjaya dilaksanakan milikan melayu didalam Felda sedikit demi sedikit akan terhakis dan terhapus. FHB yyang merupakan syarikat Induk kepada Felda Plantation Sdn Bhd, sebuah syarikat perladangan milik melayu yang menguruskan tanah ratusan ribu hektar bakal dimiliki oleh org asing termasuk pelabur pelabur dari Negara luar.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong