INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Selasa, Julai 31, 2012

"Hudud" Alamat Kubra PRU 13




"Hudud" Alamat Kubra PRU 13

1. Apabila gendang hudud dipalu sekuatnya, maka ia antara tanda - tanda pilihanraya umum semakin hampir. UMNO terpaksa sekali lagi menggunakan peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Saya akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman insyaallah.


2. Pakatan Rakyat telah beberapa kali bincang perkara ini dan simpul ringkasnya ialah kami "setuju untuk tidak bersetuju" atau dalam dalam bahasa lebih mudah ialah : DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.

3. Kedudukan ini jauh lebih baik daripada UMNO dan BN. Bukan sahaja parti kompenan mereka yang biadab terhadap Islam, malah UMNO sendiri bersetuju untuk tidak melaksanakan syariat Islam di Malaysia termasuk undang - undang jenayah syariat. Malah UMNO menikus dihadapan MCA apabila Presiden MCA 'menengking' Adun UMNO Kemelah sebagai pemimpin yang hilang aqal tatkala Adun itu mencadangkan perlaksanaan hudud di negeri Johor sedang rata - rata pimpinan PAS memberikan sokongan terbuka kepada Adun Kemelah.

4. Tidak hairan jika perlaksanaan hudud belum mendapat kata sepakat dari kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat yang hanya baru dibentuk pada tahun 2008, kerana ia sekali lagi jauh lebih baik daripada UMNO dalam BN yang gagal melaksanakan syariat Islam ini sejak lebih 50 tahun memegang mandat rakyat sebagai pemerintah meskipun mereka sering mendabik dada kononnya mereka adalah parti dominan dalam BN.

5. Sewaktu debat Sinar Harian baru - baru ini, saya telah qoute kenyataan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung pada tahun 2010 yang lalu, bahawa kenyataannya "langkah mayat saya dulu" untuk menubuhkan Islamic State sebagai ucapan yang disebut 20 tahun yang lalu [ 1990 ] pula ia dipetik di luar konteks. Malah Karpal Singh sendiri menyebut perkara ini boleh dibincangkan.

6. Lantaran itu, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara ini. Sebahagian dari keputusannya sebagaimana yang saya catat pada point ke 2 di atas. Selebihnya menjadi dakwah berterusan PAS untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah swt. sebagaimana doa saya buat yang lain juga.

7. Hudud adalah undang - undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah swt. Satu realiti yang tidak boleh siapa nafikan bahawa ia adalah satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam. Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [ baiah ] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.

8. Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata - mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu adalah sebahagian daripadanya. Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa PAS konsisten memperjuangkan Islam.

9. Jika PAS menang bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [ melalui proses demokrasi ] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang - undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang - undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.

10. Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.

11. Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan ummat Islam termasuk ahli UMNO dan atas pagar mengundi PAS. Maksudnya, UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus. [ bebas korupsi dan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara ]

12. Penegasan ini saya buat kerana untuk PAS menyertai UMNO bagi melaksanakan syariat Allah swt sukar menjadi kenyataan.

Pertama : PAS pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO.

Kedua : UMNO pernah menang banyak dan menjadi kuasa besar sejak sekian lama termasuk kemenangan mereka pada tahun 2004 tetapi mereka tidak pernah berhasrat untuk mendaulatkan syariat Allah swt sebaliknya memperkayakan kerajaan pimpinan mereka dengan rasuah , penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan dana rakyat dan negara.

Ketiga : Sehingga saat ini, hanya PAS yang konsisten sebagai salah satu parti besar dalam negara yang berhasrat mahu melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma keterbatasan kuasa dan mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki keupayaan sebenar bagi membangunkan negara bersama syariat Allah swt. [nota ini memerlukan ahli UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Islam jika mereka juga mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita]

12. UMNO pula konsisten membelasah PAS dan menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Disamping itu UMNO terus dengan legasi mereka, bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta menyeleweng dalam mengurus dana rakyat dan negara. Lalu PAS mengadakan kerjasama politik [Tahaaluf Siasi] dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP dan PKR lalu membentuk Pakatan Rakyat untuk mendepani UMNO dan BN.

13. Kerjasama ini adalah kerjasama politik bukan kerjasama agama dan ideologi perjuangan. Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik antara parti - parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran dalam projek mega negara, ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi.

14. Apabila kerjasama politik [tahaluf siasi] ini berjaya dan hampir menumbangkan kerajaan UMNO dan BN dalam tsunami politik 2008, barulah UMNO kenal rabu dan khamis, lalu mereka pantas mendendangkan lagu perpaduan pada setiap hari jumaat, sabtu, ahad, isnin dan selasa. UMNO desprate lalu mencari PAS untuk bersatu padu. Kita tidak menolak mentah tetapi kita meletakkan syarat Islam sebagai tali pengikat untuk bersatu padu, justeru Islam mengajar kita sedemikian. UMNO tidak bersedia dengan syarat itu, maka PAS mohon jalan dulu . Tinggallah UMNO dengan lagu lamanya.

15. ما لا يدركه كله ، لا تتركه كله Tidak boleh laksanakan semua [kandungan Islam] maka jangan tinggalkan semua [ ertinya, laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu ]. Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan subtance kepada ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian " Good Governence" . Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini.

Nasrudin bun Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong