( Ramai lagi yang belum tahu dan tidak faham berkaitan perkara ini, dalam facebook masih lagi menjadi pertikaian salah faham )
Berkenaan dengan injuksi yg dibuat peneroka terhadap 44 org pengurus dan 5 buah bank.
Tuntutan Plaintif -plaintif adalah untuk ;
1) Satu deklarasi bahawa dokumen milik defendan(Bank) yang telah ditandatangani oleh plaitif-plaintif(peneroka) melalui Defendan-defendan(pengurus-pengurus) adalah tidak sah dan terbatal.
2) Satu injuksi melarang defendan(bank) samada secara sendiri dan/atau melalui agen dan/atau perkhidmat untuk memproses dokumen-dokumen yg telah ditandatangani oleh plaintif2(peneroka) melalui Defendan2(pengurus2) yg pada setiap masa bertindak sebagai agen dan/atau perkhidmat banb-bank.
3) Satu injuksi melarang defendan(bank) samada secara sendiri dan/atau melalui agen dan/atau perkhidmat untuk salurkan pembiayaan pembelian saham FGVH atau kepada mana-mana pihak sekiranya permohonan pembiayaan yg ditandatangani oleh plaintif2(peneroka) melalui defendan2(Pengurus2) yg pada setiap masa bertindak sebagai agen dan/atau perkhidmat Defendan (Bank-bank) telah diproses dan diluluskan.
4) Gantiirugi am sepertimana yang akan ditaksirkan;dan
5) kos tindakan ini.
Injuksi difail pd 26 jun 2012 dan akan didengar secara inter-parte diMahkamah Tinggi Kuantan pada 6 julai 2012.
Sebelum ni 154 peneroka dah berjaya mendapat PENGHAKIMAN PERSETUJUAN melalui injuksi ygdibuat dan pihak bank setuju mengeluarkan nama mereka dari senarai peminjam utk pembiayaan saham FGVH....dan sekarang mereka takperlu congak2 bila dan berapa mereka kena bayar kat bank..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan