18 Ogos 2012
KUANTAN - Sebelas penumpang cedera, tiga daripadanya parah, apabila dua gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke
Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Lipis, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hasan berkata, dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau itu tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada pukul 6.30 pagi.
Katanya, tiga mangsa yang parah dan lapan cedera ringan itu dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut dan identiti kesemua mangsa belum diketahui.
Beliau berkata, gerabak yang tergelincir itu ditinggalkan di tempat kejadian sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke Tumpat lebih kurang dua jam kemudian.
Abdul Razak berkata punca kejadian masih dalam siasatan. - Bernama
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan