Kota Kinabalu Lim Kit Siang pada pagi tersebut melalui Sandakan untuk menyahut cabaran Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Datuk Haris Salleh untuk mengulangi ucapannya pada 23 Julai 1984 di luar Parlimen tanpa perlindungan hak istimewa Parlimen berhubung dengan penyalahgunaan kuasa Ketua Menteri Sabah terutamanya dengan perbuatan Haris menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan.
Akan tetapi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Lim Kit Siang tidak dibenarkan masuk diatas arahan Ketua Menteri Sabah yang pada awalnya telah mencabar Lim Kit Siang untuk mengulangi ucapan Parlimen Lim Kit Siang terhadapnya di Sandakan pada pagi hari yang sama jua!
Beliau menjelaskan bahawa pihak imigresen Sabah telah memaksa beliau meninggalkan Sabah dan memaksa beliau duduk atas kerusi roda serta diangkat masuk ke dalam kapal terbang.
Gambar tersebut merupakan gambar yang diambil pada tahun 1984 di Kota Kinabalu dimana ianya telah disalahgunakan dalam laman Facebook rasmi Tanda Putera sebagai salah satu gambar 13 Mei 1969.
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Isnin, Ogos 06, 2012
Menjelang Hari Kemerdekaan yang ke-55/Hari Malaysia Ke-49
Pada 26 Ogos, 1984 di terminal lama lapangan terbang Kota Kinabalu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan