Harun Jaafar
Najib mendakwa pembangkang akan menyebarkan banyak auta apabila pilihan raya semakin dekat. Tanpa segan silu dia mengatakan bahawa kerajaan pimpinannya bercakap tentang isu-isu yang berfakta. Secara mudahnya pembangkang sebar auta, UMNO/APCO-BN sebar fakta. Tidak mengapalah, asalkan dia rasa bahagia.
Najib yang bukan sahaja terkenal dengan imej penipu malahan juga pakar u-turn dan flip-flop itu sebenarnya menjerat dirinya sendiri melalui pengucapan yang dibuat tanpa berfikir panjang itu. Kenyataan yang dikeluarkannya tidak selari dengan satu lagi kenyataannya, iaitu rakyat Malaysia pada masa ini bertambah cerdik.
Kita akan menggunakan kecerdikan dan kebijaksanaan untuk menafikan bahawa kritikan yang dihambur terhadap kerajaan merupakan fakta, bukan auta. Pertama, dia sendiri telah mengakui bahawa sebanyak RM52 bilion daripada RM54 bilion Saham Khas Bumiputera telah lesap begitu saja. Kita berpegang kepada fakta yang dia sendiri terima.
Mengapa hal itu berlaku? Sebabnya ialah penerima agihan saham itu terdiri daripada kroni UMNO/APCO yang mahu untung atas angin telah menjualnya kepada pihak lain. Ramailah jutawan segera Bumiputera yang tumbuh. Duit yang senang diperoleh, senang pulalah lesap. Dek kerana enjoy yang berlebihan, gajah yang gemuk akhirnya kurus juga. Itu sebablah tak tercapai juga sasaran 30% pemilikan ekuiti Bumiputera yang kononnya diperjuangkan oleh Melayu dalam UMNO/APCO. Apa yang boleh dibuat dengan RM2 bilion yang tinggal itu?
Kita pergi ke satu lagi fakta. Pada tahun 2010, terdapat sejumlah RM1.5 bilion Saham Khas Bumiputera telah diperuntukkan. Hasilnya ekuiti Bumiputera naik dari 18% ke 22 % pada tahun 2011. Harus diingat bahawa kenaikan 4% itu dicapai setelah 21 tahun berlalu; iaitu sejak 1990 apabila sasaran 30% ekuiti Bumiputera gagal dicapai melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kini rakyat mulai curiga. Mengapa? Mereka tertanya-tanya siapa yang dapat agihan saham bernilai RM1.5 bilion itu ? Kerajaan melalui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapha Mohamed perlu memberi butiran lengkap tentang hal ini. Tidak mustahil pisang berbuah dua kali.
Rakyat juga tertanya-tanya mengapa kerajaan terlalu mengejar sasaran 30% ekuiti itu sedangkan tahap pencapaiannya begitu mengecewakan. Bukankah lebih baik fokus diberikan kepada peningkatan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputera? Terdapat kira-kira 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang berpendapatan RM1,500 sebulan. 75% daripadanya ialah Bumiputera.
Oleh sebab itu, pihak yang bertanggungjawab bukan sahaja perlu mengumumkan senarai penerima malahan juga mekanisme dan penambahbaikan sistem agihan serta pemantauan Saham Khas Bumiputera agar kehilangan RM52 bilion sebelum ini tidak berulang.
Rakyat Malaysia sentiasa memerhati kes ini dengan penuh kewaspadaan. UMNO/APCO menggali kubur sendiri jika peruntukan demi peruntukan gagal mengubah taraf hidup orang Melayu dan Bumiputera. Kesalahan akan sepenuhnya terletak di bahu mereka kerana merekalah yang diberi tanggungjawab melaksanakannya.
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Ahad, Ogos 05, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan