KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Bernama) -- Pejabat Felda Wilayah Terengganu mula mengagihkan RM2 juta wang Aidilfitri kepada 7,463 keluarga peneroka di 20 tanah rancangan Felda di negeri ini, bermula Selasa.
Penolong Pengarah Seranta Felda Wilayah Terengganu, Abdul Razak Endut berkata pengagihan wang itu mula dilakukan di Felda Jerangau di Dungun melibatkan 2,060 peneroka dari lima tanah rancangan.
"Pemberian wang ini akan diagihkan mengikut jadual dan kita akan memastikan kesemua 7,463 peneroka di Terengganu menerimanya sebelum 15 Ogos ini.
"Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga peneroka untuk menyambut Aidilfitri tahun ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Rabu.
Peneroka yang masih menghantar buah kelapa sawit kepada Felda akan menerima wang Aidilfitri itu sebanyak RM400 manakala peneroka yang menjualnya kepada pihak lain akan menerima RM200.
http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=684781
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Khamis, Ogos 02, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan