10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, September 05, 2012
HQ Keadilan Diserang Oleh Samseng UMNO
PETALING JAYA 5 September: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi. Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.
“Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas beliau. “Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya.
Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat. Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.
Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.
http://pkrl.blogspot.com/2012/09/terkini-hq-keadilan-diserang-oleh.html
Bunga-bunga menjelang PRU13.....
Bunga-bunga kejatuhan umno....
Mereka ingat dengan berbagai serangan dan tekanan PR akan semangkin lemah... Inilah kesilapan mereka...
Pada kita orang-orang PR ..perkara seperti ini kita hebohkan ...beritahu rakyat... biar rakyat menilai.....biarkan mereka terjun dengan labu-labunya...
Mereka ini tidak membaca sejarah yang lalu...
Selepas himpunan bersih 1,2 dan 3 apa yang berlaku dalam media internet,facebook,twitter dan blog semuanya bercerita tentang keganasan terhadap himpunan ....sehingga sekarang pun ia tetap akan dikenang sebagai isu dalam PUR13 nanti....kita tunggu...!!!..
Berbeza dengan himpunan hijau ,janji berseh dan oren tidak ada keganasan menyebabkan blog-blog PR menjadi sepi dengan isu....
Inilah yang dikatakan bunga-bunga kejatuhan umno... ia ada sebab musababnya.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan