Sebelum kita jawab Dato Najib- kita komen sedikit mengenai
kenyataan Dr Mahathir. the man who can walk on water. setelah 55 tahun, dibawah
pemerintahan UMNO, Dr Mahathir kata orang Melayu mengemis ditanah air mereka
sendiri. Adakah keadaan demikian disebabkan oleh PAS, PKR dan DAP? Atau adakah
keadaan orang Melayu itu disebabkan kesemulajadian mereka iu berbangsanya
Melayu?
Mahathir akan mengatakan all of the above. Its in the genes.
Melayu bodoh kata Dr Mahathir.
Keadaan orang Melayu jadi begini adalah disebabkan
kepimpinan mereka. Dan hampir seluruh tempoh hidup orang Melayu dizaman moden
ini, mereka diperintah oleh UMNO. Inginlah saya mengulangi apa yang
pernah dinyatakan oleh Pendita Zaaba puluhan tahun yang lampau- seolah olah
penulisan Zaaba menggambarkan apa yang akan dilakukan oleh UMNO
Maka keadaan kehidupan anak2 Melayu sekarang……mereka telah
kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya
–iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri.
Tidak syak lagi yang dimaksudkan oleh Pendita Zaaba ialah
UMNO!.
Dr Mahathir tidak berhenti daripada membodohkan orang
Melayu. Yang pegang kuasa ialah UMNO dan 22 tahun darinya di pegang oleh Dr
Mahathir sendiri. Masa nya sudah tiba kita buangkan rasa sentimentalism
terhadap UMNO yang telah merompak kekayaan negara dan melanun kekayaan negara. Yang
kaya ialah Melayu terpilih.
Yang memegang kuasa ialah UMNO dan gerombolan penyamun BN.
suatu hari dirumah Dato Najib , dia memberitahu saya Dr Mahathir menyamun
kekayaan negara melalui projek lebuhraya, projek pelabuhan, projek IPP. Tun
Musa Hitam berpendapat Dr Mahathir tidak ada perasaan malu bila menyatakan
bahawa pemimpin negara ini korap dari yang paling atas sampai kebawah. Sedangkan
yang memulakan budaya merasuah ialah Dr Mahathir sendiri. Tun Daim beritahu
saya- sejarah akan menghukum Mahathir dari satu sudut sahaja, iaitu rasuah yang
berluasa. History will judge Mahathir in the end on his record of incubating
and nurturing rampant corruption. testimony Mahathir bahawa Ling Liong Sik
tidak berupaya menipu negara adalah bahan ketawa. Tun Daim juga beritahu saya,
macam mana kita mahu benteras rasuah, jika sogokan wang sudah menyampai kepada
pemimpin yang tertinggi.
Segala masaalah dan malapetaka, rasuah, kegawatan ekonomi
disebabkan oleh UMNO. Apa yang akan buat kita percaya yang gagal dibetulkan
oleh UMNO selama 55 tahun, boleh ia lakukan dalam masa 5 tahun? UMNO tidak ada
rekod untuk menyokong janji2 mereka. Yang mungkir janji ialah UMNO. Yang membuktikan
mereka boleh memenuhi janji ialah semua negeri yang dipimpin oleh Pakatan
Rakyat. Maka sayugialah rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan membenamkan UMNO.
Rakyat Selangor umpamanya tidak pernah diberitahu bahawa
kajian yang dijalankan oleh UM menunjukkan hanya 29% sahaja responden percaya
BN boleh merampas balik Selangor. kenapa rakyat Selangor mahu mengembalikan
negeri ini dalam tangan lanun dan perompak?
bukan kah UMNO yang menjalankan dasar ekonomi yang
menyebabkan 40% dari penduduk negara ini mempunyai pendapatan kurang dari
RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut ialah orang Melayu? 8 juta
lebih Melayu mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 dan itu adalah hasil dasar
dan kepimpinan UMNO. Marilah kita sama sama menghantar semua lanun dan perompak
ini ke Sungai Buloh dan jadikan mereka B1M!- Banduan 1 Malaysia.
Bukankah dasar ekonomi Najib yang disebutkan sebagai Model
Ekonomi Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar ekonomi penindasan Dr
Mahathir? menindas majority orang Melayu dan mengayakan segelintir Melayu
terpilih? Antara yang terpilih ialah anak Dr Mahathir sendiri yang kaya raya
bahkan seorang dari nya boleh membina ruang pameran kereta Ferari bernilai RM20
juta. Orang yang buang tebiat akan meyebut seperti yang dinyatakan oleh Mahathir.
dan Mahathir disertai oleh geng2 lama perompak negara seperti Sanusi Junid dan
lain lain.
Nanti lah kita akan mengupas apa Dr Mahathir kata dalam artikel yang
lain. Let us deal with the political invertebrate Najib Razak for now.
Dato Sri Najib kata orang Melayu benci dengan DAP. Kita
boleh jawab awal dan tidak perlu tanya Tunku Aziz. Yang benci adalah mereka
yang termakan dakyah UMNO. Yang benci ialah mereka yang berfikiran sempit. Pemimpin
UMNO takkanlah menyukai parti yang akan membenamkan geng perompak nya. Yang
membenci ialah mereka yang tidak faham politik dan lupa bahawa daripada 29 juta
rakyat Malaysia, hampir 19 juta orang Melayu. UMNO ingat 16 juta orang Melayu
yang lain itu, penakut dan bacul macam mereka.
Yang benci ialah mereka yang lupa, kalau 1 orang UMNO
kecundang, ada 6 orang lagi Melayu yang terus hidup. Melayu tidak memerlukan
UMNO.
Kenyataan Najib tidak mengherankan dan bukan nya sesuatu
yang baru. Mustahil kita akan dengar Najib menyatakan perkara yang baik
mengenai DAP. Pada pandangan Najib, DAP itu parti cauvinis cina. DAP mahukan
negara repablik. DAP akan menguasai politik Malaysia . DAP mengkuda semua parti
politik yang lain. Pendek kata, Najib mengulangi penceritaan lapuk dan basi
terhadap DAP. Inilah standard pemikiran dari seorang pemimpin yang penakut dan
kurang cerdik.
Apa yang tidak dikemukakan kepada rakyat Malaysia , ialah
alasan2 rasional kenapa orang Melayu mesti membenci DAP. Najib tidak mampu
berbuat demikian selain dari mengkakaktuakan apa yang dinyatakan oleh pecacai
UMNO yang lain.
Bolehkah kita harapkan apa2 yang besar dan menakjubkan dari
pemimpin yang penakut dan kurang cerdik?
Apabila saya ceramah, takkanlah saya hendak ceritakan
kebaikan UMNO. Tentulah saya mengambil kesempatan mendedahkan keburukan
pemimpin UMNO yang merugikan orang Melayu. Menyokong UMNO akan membawa bangsa
Melayu rebah dan negara kita musnah. Menyokong UMNO bererti menyokong
gerombalan pencuri dan perompak.
Maka, bila Najib bercakap, sudah barang tentu tidak ada apa2
baik untuk diberitahu mengenai DAP, PKR dan Anwar Ibrahim, serta PAS. Tapi,
marilah kita dedahkan sebab2 sebenar Najib berkata demikian. Kita tidak perlu
tanya apa2 dari Tunku Aziz. Biarkan Tunku Aziz dengan leteran
kebangsawanan nya. Itu pun sebab utama Tunku Aziz keluar DAP- dia
ada sense of over inflated importance. Bila perasaan demikian tidak dipedulikan
atau tidak dilihat begitu penting, tergurislah hati aristokrat itu. yang lain
dalam DAP tidak ada perasaan demikian. Kita tak kira itu semua.
Ketakutan. Ketakutan yang amat sangat menyebabkan Najib
melatah seperti orang tidak siuman. Saban hari Najib melihat UMNO kian
keseorangan. Gerakan berada diambang maut dengan 2 kerusi parlimen nya. MCA
dengan 15 kerusi akan kecundang teruk. MIC dengan 3 kerusi nya hanya kerana
ehsan UMNO. PPP ialah Parti Peminta Sedekah. UMNO dengan 79 kerusi nya pun
dalam keadaan cemas. Kerana apa? Kerana undi dan sokongan cina berpindah kepada
DAP. Undi orang Melayu berpindah kepada PAS. Undi golongan menengah pergi ke
PKR.
Dimana datang sokongan untuk UMNO dan BN? ia datang dari
warga negara segera- rakyat Bangla , Nepal , Myanmar ,
Cambodia .
Inilah dia parti yang berjuang Hidup Melayu dan Agama, Bangsa dan Tanah Air. Akhirnya
UMNO melacur maruah dan mengkhianati negara dengan menjual kerakyatan kerana mahu
mengekalkan kuasa.
Najib melihat sokongan masyarakat Cina kepada nya merosot
dengan teruk. Dan penyebab utama kemerosotan sokongan tersebut ialah DAP. Hari
ini DAP telah menguasai 80-90% sokongan masyarakat Cina. Ini akan menyebabkan
BN akan hilang lebih banyak kerusi dimana dalam kawasan parlimen itu ada
sekurang kurangnya 40% orang Cina.
Najib juga tahu bahawa MCA sduah tidak terdaya menahan
penghijrahan sokongan orang Cina.
Kedua, Najib tidak faham. Masakan orang kurang cerdik
faham bahawa sokongan orang Cina bukan disebabkan chauvinism dan
ekstremism. Orang Cina memperakui bahawa ini negara majority nya
Melayu dan orang Melayu akan terus menguasai politik. Orang Cina bukan
beroperasi atas chauvinism tapi menginginkan kerajaan yang telus, demokratik,
menjalankan dasar2 ekonomi yang adil,mahukan sebuah negara yang menghormati
undang2. UMNO dan BN mempunyai rekod buruk dalam kesemua perkara ini dan sebab2
ini yang menyebabkan orang Cina tidak mahu lagi menyokong UMNO, MCA atau parti2
BN yang lain.
Najib ingat orang cina beroperasi atas perasaan
ekstrim dan bersangkaan bahawa orang menyokong DAP dan membenci dan berniat
jahat keatas bangsa lain terutama bangsa Melayu. Sebab itu DAP
dituduh mahu menubuhkan repablik dimana institusi Raja Melayu dihapuskan, apa2
kepentingan bangsa Melayu dihapuskan dan seumpamanya.
Sebab sebenarnya orang Cina menyokong DAP ialah kerana parti
tersebut tidak bacul dan tidak perlu menggunakan isiu emosional seperti MCA.
DAP is fearless. Sebagai sebuah parti yang fearless, DAP boleh memahami atas
prinsip apa orang PAS beroperasi. Kerana itu PAS dan DAP saling menghormati.
Demikian juga DAP memahami PKR. DAP boleh memahami parti2 dimana pemimpin nya
berani masuk jel, di ISAkan, ada yang dibunuh, serta dipenjarai. DAP boleh
faham ketokohan parti2 yang berani berjuang dan berkorban.
Berani berjuang dan berkorbanlan yang menyebabkan orang Cina
menyokong DAP. Orang Cina yang menikmati lebih demokrasi dan oleh itu memiliki
lebih pilihan melihat MCA parti yang penakut dan lembik memperjuangkan isiu2
yang melibatkan kepentingan orang Cina. Dan cubaan MCA menjuarai isiu
kepentingan cina disaat akhir sudah tidak berguna lagi. Orang Cina tidak ada
isiu dengan hudud. Orang Cina sedar itu isiu orang Melayu yang beragma Islam. Orang
Cina tahu, walaupun mereka bukan Islam, tapi hak dan kepentingan mereka akan
dihirmati dan dilindungi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan