KUANTAN, 17 Okt - Seramai kira-kira 500 masyarakat
orang asal (asli) dari seluruh negeri Pahang telah mengadakan himpunan aman di
pejabat Menteri Besar hari ini. Himpunan terbabit diadakan bagi
menyerahkan memorandum berhubung pewartaan tanah milik orang asal yang kini
menjadi isu panas di negeri ini. Difahamkan Wakil Jaringan Kampung-Kampung
Orang Asli Malaysia (JKOASM), Shafie Dris telah berjaya
menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri Besar, Dato' Sri Adnan
Yaakob. Mereka juga khabarnya telah dilayan dengan baik oleh MB Pahang dan
barisan exconya dalam satu pertemuan khas yang diadakandi Wisman Sri
Pahang. Apa yang menarik, sama seperti pertemuan MB dengan
masyarakat kaum India Cameron Highlandsbeberapa bulan lalu mereka (orang
asal) turut dijamu dengan berbagai makanan dan diberi imbuhan wang tunai
termasuk duit minyak dan tol oleh MB. Difahamkan kesemua mereka diberi
wang poket RM50 seorang danRM200 setiap satu kereta yang keseluruhannya
dianggarkan berjumlah RM25,000. Sebelum itu, kesemua mereka terpaksa
menunggu hampir satu jam sebelum dapat berjumpa dengan MB Pahang itu. Menurut
Shafie, Adnan menerima memorandum dan mengatakan tuntutan yang dibuat oleh
mereka munasabah cuma ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh beliau. "MB
kata ada satu dua yang tak jelas, tapi dia tak jelaskan yang mana satu. Kami
diberik makan dan berkumpul di Padang MPK2 untuk tahu keputusan hasil
mesyuarat dengan MB itu", kata beliau. Seperti biasa laungankeramat
bergema termasuk "Hidup Orang Asli" dan "Hidup
Rakyat"semasa mereka berarak ke pejabat MB. Difahamkan, hari Rabu merupakan
hari penting dimana Mesyuarat Exco diadakan ketika itu.
Kumpulan terbabit turut membawa beberapa sepanduk tertulis "Ikhtiraf
Tanah Adat Orang Asli", "Batalkan Rizab Yang Bertindih Dengan Tanah
Orang Asli" dan "Kami Bukan Pendatang".
[Memorandum lapan perkara itu antara lainnya menggariskan
tuntutan supaya kerajaan negeri Pahang mengiktiraf tanah adat serta menarik
balik lesen kepada kontraktor yang melakukan kerja di atas tanah
tersebut.Masyarakat itu juga menuntut supaya kerajaan menghentikan segala
kegiatan yang dijalankan ke atas tanah mereka serta menarik balik
lesen kontraktor yang kini sedang menjalankan kerja pengukuran tanah
tersebut. Mereka juga mahu kerajaan membuat agihan semua ke atas kawasan
rizab yang didakwa bertindih di antara kawasan tanah dan wilayah adat Orang
Asli bagi mengiktiraf kawasan milik golongan tersebutMemorandum itu juga
menyebut, kerajaan perlu memansuhkan dua peruntukan dalam Akta Orang Asli
1954 berhubung kawasan dan rizab yang diperuntukkan untuk masyarakat
tersebut. Seksyen 6(3) dan 7(3) Akta 134 ini memberi kuasa kepada
menteri untuk membatalkan mana-mana pengisytiharan kawasan orang Asli atau
rizab orang Asli pada bila-bila masa tanpa perbincangan dan perundingan. Memorandum
itu seterusnya menuntut kerajaan memansuhkan Dasar Pemberimilikan Tanah
Orang Asli yang disifatkan "tidak membawa apa apa manafaat
kepada masyarakat Orang Asli"].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan