INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Oktober 16, 2012

UMNO Pahang Di Gesa Batalkan Hasrat Merayu Kes Gagal Tuntut Ganti Rugi Terhadap 'Seruan Gemilang Makmur' !



KUANTAN, 16 Okt - Badan Perhubungan UMNO Pahang yang diketuai oleh Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) wajarmenarik balik permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang memberi kemenangan kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) pada 24 Septemberlalu. Demikian ditegaskan oleh salah seorang saksi yang mengikuti perjalanan kes tersebut baru-baru ini. Dalam penghakiman yang dibuat oleh Timbalan Pendaftar, Sazlina Shafiememutuskan tiada sebarang kerugian dan manfaat yang perlu dibayar oleh SGM atas tuntutan saman gantirugi UMNO Pahangterhadap mereka. Ini kerana alasan tuntutan tersebut (gantirugi) tidak relevan kerana banyak percanggahan dalam setiap keterangan yang diberikan oleh saksi pakar yang ditampilkan oleh UMNO selaku defenden dalam kes ini. UMNO gagal membuktikan tuntutan gantirugi terhadap hasil pembalakan bernilai RM1 juta atas tanah seluas lebih 400 hektar di Nenasi, Mukim Bebas Pekan dan manfaat perjanjian berjumlah lebih RM3.5 juta. Bagaimana pun, keputusan mahkamah itu tidak membabitkan soal liabiliti yang kini masih berjalan. Menurut saksi tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, amat memalukan bila mana UMNO Pahang menampilkan saksi dan saksi pakar yang tidak berwibawa untuk kes itu. Difahamkan saksi utama UMNO Pahang dalam kes ini ialah Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pahangbernama Abd Rahim Abas (dulunya Dato' Ahmad Tajuddin Sulaiman). Saksi tersebut (Abd Rahim) dipercayai beberapa kali gagal untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam plaintif (SGM) iaituDzulkarnain dan Muhamad Aznel. Saksi tersebut dipercayai gagal menjawab secara profesional dan lebih banyak memberi alasan "tidak tahu" dan "tidak pasti", hingga terkadang menimbulkan kesangsian oleh pihak mahkamah sendiri apakah beliau benar-benar bersedia untuk menjadi saksi kes itu. Malah, ketika prosiding berjalan juga saksi tersebut beberapa kali mengaku beliau sebenarnya tidak tahu menahu kes itu dan segala jawapan yang terkeluar dari mulutnya adalah "diajar" serta mendapat "nasihat"daripada peguam UMNO Toh Seng Soon, Wong dan Ong Siew Wan.
 
Kenyataan beliau itu jelas sekali satu tindakan yang salah dari segi undang-undang dan Peguam UMNO sebenarnya boleh dikenakan tindakan jika perkara ini diajukan kepada Lembaga Displin, Majlis Peguam. Paling mengejutkan saksi berkenaan mendakwa, pernah pada satu ketika saksi UMNO itu ditegur oleh Timbalan Pendaftar (Sazlina Shafie) sendiri atas alasan jawapan yang diberikannya tidak konsisten, tidak fokus dan tidak serius menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh peguam plaintif (SGM). "Saksi itu langsung tidak berwibawa dan tidak boleh dipercayai. Beliau tidak mempunyai pengalaman dalam indsutri pembalakan dan tiada pengalaman dalam kerja-kerja tersebut. Segala jawapan yang dia berikan bukan dari pengetahuannya tetapi jelas telah diajar serta diasuh oleh peguam UMNO Pahang sendiri selaku defenden", tambah saksi itu.
Pada penghakiman tersebut (24 September) UMNO Pahang diberi tempoh 14 hari untuk menfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan dan difaham mereka telah berbuat demikian. Namun persoalannya, apakah alasan kukuh untuk UMNO merayu sedangkan saksi yang ditampilkan oleh mereka jelas sekali tiada kreadibiliti dan Timbalan Pendaftar sendiri pernah menegur beliau berkali-kali supaya tidak menganggap mahkamah sebagai sarkas semata-mata. Ini sesuatu yang amat memalukan tidak tidak wajar berlaku dalam sistem perundangan negara. Bukankah mana-mana pihak yang mahu menjadi saksi perlu bersumpah bahawa segala keterangan yang diberikannya di mahkamah adalah benar belaka dan boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika cuba menipu atau memutar belit sesuatu fakta. Maknanya, dalam kes ini jelas sekali segala perkara itu berlaku malah lebih teruk lagi apabila peguam UMNO sendiri dipercayai telah memberi tunjuk ajar kepada saksi untuk menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh peguam plaintif (SGM) dalam kes ini. Bermakna, Badan Perhubungan UMNO Pahang tidak wajar menafailkan rayuan untuk satu kes yang boleh menjejaskan imej mereka di mata dunia sebenarnya].

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong