Pergerakan sepanjang 300 Km itu nanti akan berakhir di Dataran Merdeka dan keesokannya menuju ke Parlimen bagi menyampaikan bantahan. Turut serta adalah 12 orang Pribumi
Dianggarkan tidak kurang dari 40 orang akan menempuh dugaan sepanjang perjalanan ini. Ketika artikel ini ditulis iaitu lebih kurang jam 04.30 petang, kumpulan ini telah pun memasuki kawasan Gambang, Kuantan. Malam ini mereka akan berhenti berehat di Gambang dan akan meneruskan perjalanan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Turut berada di Padang MPK 1 pagi tadi bagi memberikan sokongan moral adalah Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh beserta beberapa pimpinan dari PAS dan DAP.
KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan selamat jalan kepada semua yang terlibat diiringi doa agar perjalanan mereka selamat sehingga ke destinasi.
Kepada anda yang menyokong perjuangan ini, nantikan
kehadiran kumpulan ini di kawasan masing-masing untuk memberikan sokongan moral
dan apa jua bantuan yang mereka perlukan.
"SELAMAT JALAN, SELAMATKAN
http://pkrnegeripahang.blogspot.com/2012/11/kumpulan-hijau-anti-lynas-mula-berjalan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan