INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, November 24, 2012

Wawancara Naib Presiden ANAK

Nazari Mokhtar
24 Nov 2012 jam 1430 - bersama Naib Presiden ANAK Felda, Sdr Zabidi Abas, Pengerusi ANAK Negeri Johor, Sdr Shamsul serta rakan2 telah hadir dalam sesi Wawancara di Pejabat Akhbar SINAR di Senai Johor untuk menyatakan bantahan Kita terhadap Kerajaan Malaysia dan FELDA yang sanggup berurusniaga dgn pihak Zionis. Bantahan secara rasmi pada 23 Nov 12 telah di tolak oleh pimpinan FELDA semalam.

Ketegasan Perdana Menteri dalam isu hubungan dgn Negara Yahudi ini dipandang usaha hipokrit dan talam dua muka oleh sebahagian warga Malaysia. Setiap hasil sawit adalah dari titik peluh rakyat Malaysia khususnya peneroka dan pekebun estate dan ladang. Mereka tidak rela hasil ini dijualbeli kepada kerajaan zionis yg zalim terhadap saudara kita bangsa Palastin. Setitik minyak sawit yg bersubahat dalam pembelian peluru dan senjata api yg membunuh nyawa saudara kita, hanya Allah sahaja yg tahu bertapa terlukanya jiwa kita melihat pembunuhan kejam Zionis Yahudi.

Faktanya FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD adalah Anak Syarikat Felda yang terlibat memproses minyak sawit mentah(MSM) yang ditubuh sejak tahun 1975. Berpengkalan di Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang. Apa motifnya, sebuah syarikat yang untung dan berdaya maju, dijual ekuitinya kepada syarikat asing; hingga akhirnya pemilikan Felda cuma tinggal 30% sahaja.Kesannya, IFFCO SDN BHD yang berpengkalan di Dubai, mulai tahun 2010, menguasai pemasaran, merombak pengurusan yang menafikan hak kakitangan tempatan dan menjual minyak sawit mentah ke Syarikat Yahudi melalui syarikat BUNGE AGROBUSINESS CO.LTD milik Yahudi berpengkalan di Singapore.

Urus niaga dgn Negara Zionis ini mesti dihentikan SERTAMERTA demi maruah Negara dan tanda kita menolak kekejaman serta sokongan kepada saudara kita yg tertindas. Kerajaan Malaysia secara terbuka hendaklah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia khususnya pengusaha sawit diatas Urusniaga dgn negara yg tiada hubungan diplomatik dgn Malaysia. Pengguna potensi sawit dari negara2 Arab dan Benua India dan Amerika Latin masih luas yg menjangkau 500 juta pengguna.

Putuskan hubungan dagangan Sawit kepada Negara Yahudi tidak akan menjejaskan ekonomi kita kecuali kita gentar dgn ugutan puak zalim ini. Insyallah, kita lebarkan jaringan perniagaan kita seluruh dunia. Jangan biarkan Yahudi menyusup masuk dalam urusan dagangan kita demi masa depan Industri Sawit Negara dan Selamatkan Malaysia.

Ikhlas dpd Lt Kol TUDM (B) Hj Nazari Hj Mokhtar, Presiden Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Malaysia
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong