Mazlan Aliman
Isa Samad semakin terdesak. Saham FGVH berada dalam keadaan yang tidak stabil.
PRU 13 makin dekat. Peneroka Felda marah kena bayar pinjaman saham FGVH.
Kakitangan Felda yang buat loan puluh ribu lagi marah. Tanggung rugi dan kena
bayar pinjaman kpd Bank tiap bulan. harga sawit jatuh teruk, penoreh getah pun
merungut juga.Isa Samad semakin terdesak. Saham FGVH berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Tiada pilihan lain, KPF mesti diambilalih sebelum pilihanraya. Harapnya, jika FGVH kuasai KPF, harga saham FGVH akan naik semula. Pengundi Felda akan kekal setia bersama BN.
Konspirasi tertinggi dengan restu PM dimulakan. Ismail Sabri Yaakob, Menteri yang jaga Koperasi hantar sms kpd Datuk Hj Md Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM; agar keluar surat kepada KPF, Mesyuarat Agung Perwakilan KPF pada 20 Jun 2012 lalu tidak sah.
Alasannya, Mesyuarat Agung 20 Jun ada pertikaian oleh perwakilan mengenai isu laporan kewangan. Alasan tidak masuk aqal, semata2 atas kehendak Ismail Sabri dan Isa Samad. SKM keluarkan
Mesyuarat Agung akan dikendalikan sepenuhnya oleh SKM. Lobi dan sogokkan melalui Pengurus Felda kepada Perwakilan telah mula dilakukan agar menurunkan tandatangan untuk suatu memorandum yang dihantar kpd SKM agar Isa Samad menerajui KPF.
Sebaik Isa Samad terajui KPF, perancangan melalui cadangan FGVH yang juga diketuai Isa Samad; ekuiti KPF dlm Felda Holdings dikurangkan 22% dan diambilalih oleh Felda. KPF yang menguasai 51% kepentingan dlm Felda Holdings, hanya tinggal 29% sahaja. Felda akan pindahkan syer 22% kpd FGVH. ini berarti FGVH menjadi majoriti shareholder dan bukan lagi KPF.
Sebagai balasan, KPF ditawarkan pegangan saham 10%, itupun melalui pegangan Felda Asset Holding yang juga diterajui Isa Samad!
KPF bakal hilang kuasa atas Felda Holding. Perkembangan pelaburan dan perancangan KPF akan terencat. Semua ditentukan oleh Isa Samad dari A sampai Z. 1.6 juta warga Felda hanya jadi penonton apa pun yang dibuat oleh Isa Samad dan kuncu2nya.
Kesan terbesar, operasi KPF akan menguncup. Dividen tinggi antara 12-15% tidak akan dirasai lagi. Teramat buruk, kemasukan KPF dalam FGVH jika gagal menaikkan saham FGVH; membawa isyarat KPF akan lingkup bersama2 FGVH!
Saya ditaklimatkan senario ini oleh pegawai2 kanan Felda dan beberapa orang ALP KPF sendiri. Mereka sudah mengadu kepada pemimpin Umno termasuk waktu Perhimpunan Agung Umno yang baru lalu.
Tidak ada pemimpin dan perwakilan Umno yang berani bersuara. Semuanya nak jaga periuk nasi. Bahkan ada pemimpin Umno sendiri cadangkan agar isu KPF ini diajukan kepada saya!
Belum reda isu jual minyak sawit Felda kepada Syarikat Yahudi, datang pula isu KPF.
Gegak gempita PWTC, menjerit jerit; hidup melayu, hidup melayu.....institusi orang melayu, Felda; sedang ditalqinkan oleh pemimpin Umno sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan